Restoran di KL wajib ada WiFi tahun depan

ASSALAMUALAIKUM


  • seperti yang sedia maklum sasaran negara kita untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah negara maju pada tahun 2020 giat diusahakan.
  • Salah satunya ialah semua pengusaha restoran di ibu negara akan diwajib menyediakan perkhidmatan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di premis masing-masing mulai tahun depan.
  • Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, jika mereka ingkar, lesen perniagaan restoran sedia ada tidak akan diperbaharui manakala bagi pengusaha baru, ia akan menjadi syarat kepada pemberian lesen.
  • maknenye nanti senang ar nak online,untung sape rumah dia dekat dengan restourant yg ade wifi free
  • macam kt rumah mambe Syed kt Telok Mas,Melaka, rumah dia dekat je dengan restaurant. bile malam je,fuh,memang best klau nk online. internet laju giler,
  • Syed dh penah try kt rumah kawan Syed tu. setakat nk download cerita,..peh,,!! memang laju giler,,,tp x sangat ar. 
  • syed penah download dan tahap kelajuan yg Syed penah capai ialah hmpir 200kb/s..laju x..??

Simple tapi penuh makna !!

ASSALAMUALAIKUM


Matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7

ASSALAMUALAIKUM

tiba-tiba je nak post entry mengenai Microsoft Windows 7 nie...entah ape ar yg Syed mimpi coz nk post bende ni,,,mybe coz nk kongsi ape yg baik untuk korang semua,,,jom.....

Fungsi AutoPlay dalam Windows pada asalnya dibina untuk memudahkan pengguna. Apabila anda memasukkan media luar seperti USB drive atau external hard disk, Windows akan menjalankan aplikasi tertentu berdasarkan AutoPlay yang telah ditetapkan.

Malangnya fungsi ini telah disalahgunakan oleh pembuat virus untuk menjangkiti komputer anda. Virus tersebut diprogramkan untuk dilancarkan secara automatik apabila fungsi autoplay diaktifkan. Sebab itulah, lebih elok jika anda mematikan terus fungsi AutoPlay ini.

Cara-cara nak matikan fungsi AutoPlay pada Windows 7

1. Buka Control Panel dan taipkan ‘AutoPlay’ di dalam kotak carian. Anda akan nampak kategori AutoPlay dipaparkan. Klik pada ‘Change default settings for media or devices’

2. Kosongkan kotak ‘Use AutoPlay for all media and devices’. Tekan butang Save.

Semudah itu sahaja, fungsi AutoPlay anda telah dimatikan bagi mengurangkan risiko komputer anda dijangkiti virus. Dan jangan lupa untuk memasang antivirus pada komputer anda sebagai perlindungan utama terhadap virus.

ok,,itu saje dari Syed,,,selamat mencuba,,,,dan assalamualaikum