Gambar Dari Nikon D5000 DSLR Camera

Mood : Tenang
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Gelap malam dan berangin
Time : 8.17pm
In My Mind : Final exam dah semakin hampir



Assalamualaikum...

Gambar di bawah ini ditangkap mengunakan Nikon D5000 DSLR kamera. Gambar di bawah ini bukan aku yang tangkap,tapi aku jumpa ketika aku nak mencari sampel-sampel gambar dari Nikon D7000 untuk dibuat rujukan. 

Gambar ini aku tak tahu  siapa yang tangkap. Apa yang tertulis di situ ialah  Matthew Terblanche. Mungkin itu nama tuan punya gambar ni. Aku suka gambar ni kerana sangat cantik. Antara sebab aku suka gambar ini ialah suasananya, kejelasan, posisi, lampu dan pantulan cahaya pada air.

Pada pendapat dan pengalaman aku sendiri,gambar ini di ditangkap mengunakan shutter speed yang rendah. Ini kerana,airnya kelihatan seakan-akan kapas ataupon asap kalau anda dapat lihat pada hujung air yang berhampiran dengan batu itu.



klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar dan jelas


Lampu

Mood : Tenang
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : gelap kerana malam dan berangin
Time :9.45pm
In My Mind : Bila nak makan malam nie
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....


Tahu tak anda siapa pencipta lampu Pertama? manusia pertama yang mencipta lampu ialah Thomas Edison dan kejayan beliau menghasil dan menyalakan lampu tersebut ialah pada 1879. Thomas Edison telah mendemonstrasi lampunya di khalayak ramai di Menlo Park,pada Disember 1879. 

Fuh...Lampu adalah sesuatu yang penting di dunia pada zaman sekarang. Kalau tiada lampu, bergelaplah kita sampai sekarang ataupon gunalah pelita dan lilin. Kita patut berterima kasih kepada Thomas Edison. Kalau tidak,pasti tiada lampu sampailah sekarang.

Kini pada tahun 2011 pula,telah terhasil pelbagai-bagai jenis lampu dari beberapa syarikat terkemuka di dunia.Gambar di bawah ini adalah contoh lampu yang telah di ubah suai dari segi reka bentuk luaranya.



Header Khas Untuk Blogger Baru

Mood : Stress
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Berangin
Time : 8.20pm
In My Mind : Rase tenang sedikit...=)


Assalamualaikum...

Beberape hari yang lepas,aku dapat tahu yang classmate aku buat blog. Aku dapat tahu sendiri ketika aku pergi ke rumah dia dan aku lihat dia ada buka sesuatu pada laptop yang dia gunakan itu. Aku pon perasan lah yang dia bukak itu ialah blog dia sendiri.  

Dia mula berbloging tak silap aku pada mingu lepas. Jadi,macam-macam yang dia perlu pelajari dan aku membantu dia apa yang aku tahu. Antaranya ialah cara nak menghias blog,buat header dan sebagainya. Disebabkan aku ada disitu,dia pon mintak aku buatkan header yang simple untuk dia. Oleh itu,hadir lah header yang bernama [N]ikEeY[A] seperti di bawah ini.