Dinner With Her

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung macam nak hujan
Time :  2.35pm
In My Mind : macam mana nak balik kolej kalau hujan ni -_-
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Dinner bersama si dia memang menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat bergambar bersama dengannya. Nama dia ialah Nur Jeehan dan dia merupakan Classmate aku. Dia merupakan pelajar yang cemerlang dengan pointer setiap sem lebih dari 3.5++.

Kalau dinner,pasti lar waktu malamkan..? huhu...waktu malam lar yang mencabar bagi aku untuk tangkap gambar. Maklum lar,dalam dunia fotografi ni,lighting sangat penting sekali. Aku masih lagi beginner,jadi banyak peralatan yang aku tidak ada seperti speedlight. Speedlight nie anda pasti tahu apa bendanya itu. Speedlight nie macam externalflash. tahukan..??

Disebabkan aku tiada speedlight,aku guna flash yang sedia ada dan aku kena pandai bermain dengan mode M. Macam-macam yang aku ubah pada seting M tu sehinga lah dapat setting yang sesuai. Gambar di bawah adalah salah satu gambar yang menjadi pada malam itu tapi masih banyak kekurangan lagi.





New Header

Mood : Gembira ^-^
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Cerah dan berangin
Time :  12.42pm
In My Mind : Nak cari idea untuk entry yang seterusnya
Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
Software : Adobe Photoshop dan Photoscape  


Assalamualaikum....


Huh...Selesai sudah aku buat header baru. Puas aku memikirkan idea yang terbaik untuk header baru ni,tapi hanya ini sahaja yang aku mampu. Nampak agak serabut dari sebelum ini. Ini kerana terlalu banyak text. 

Kalau nak diikutkan,aku lebih suka header yang ringkas dan simple. kenapa..?? Pada pendapat aku,header melambangkan blog kita. Kalau header serabut dan tak cantik,apatah lagi dengan isi-isi pada blog itu sendiri. Betul tak..??

Aku buat header baru ini kerana aku jeles tengok header-header di blog-blog yang aku penah aku kunjungi. Semuanya cantik-cantik lebih-lebih lagi blogger wanita. Pandai dan kretif betul mereka menghias dan menghasilkan header mereka sendiri.

Apa-apa pon aku suka dengan header baru aku nie walau pon agak serabut kerana,kalau anda baca apa yang tertulis pada header aku itu,anda dah faham apa yang aku mahukan dan apa yang aku impikan.


my old header





my new header



Light Graffiti....

Mood : Geram
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung dan berangin
Time :  10.45pm
In My Mind : Sakit hati tengok AF mingu ni...
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku dan rakan aku Nir Akmal menghasilkan Light Graffiti. Kali ini bagi aku hasilnya boleh dikategorikan agak membangakan bagi seorang beginner. Tapi,masih banyak lagi yang aku dan rakan aku perlu pelajari supaya dapat menghasilkan Light graffiti yang cantik dan berkualiti.

Cara untuk menghasilkan light graffiti ni senang je. Antara peralatan yang perlu ada ialah DSLR kamera,lampu dan tirpod. cara-caranya ialah.
  • Pilih tempat yang gelap
  • Letakkan DSLR anda pada tripod...
  • Gunakan mode S...
  • Setkan shutter speed 30 second ataupon  bulb....
  • Gunakan ISO-100...
  •  Lastly,buat apa-apa corak yang anda mahukan mengunakan lampu..