Photoshot With My Friend

Mood : Tak sabar nak pergi ke PutraJaya esok..=)
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung.
Time :  12.50pm
In My Mind : go to seremban to day..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Semalam bersamaan 26/5/2011,aku dan dua rakan aku keluar ke bandar melaka. Tujuannya ialah menjalankan aktiviti pengambaran iaitu photoshot. Pada mulanya kami tidak ada buat apa-apa plan untuk aktiviti ini kerana semuanya dirancang pada saat-saat akhir.

Di bawah ini adalah sample gambar setelah tamat sesi photoshot. Sesi ini bermula pada waktu petang dan berakhir pada waktu magrib. sebenarnya banyak lagi gambar yang aku tangkap tetapi belum siap di proses sepenuhnya. Kalau anda mahu tengok hasil gambar yang aku dan rakan-rakan aku tangkap itu,tungu lah pada mingu depan ye, diharap anda semua dapat bersabar...=)



My Picture but in Silhouette Pictures

Mood : mengantuk dan fikiran kusut
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam ni gelap.
Time :  11.44pm
In My Mind : go to seremban esok..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum....

Beberapa hari yang lepas,aku memang bosan sangat-sangat dan waktu itu juga aku tengah kemaruk nak tangkap gambar. Tapi aku tak tahu nak tangkap gambar siapa di rumah,jadi aku tangkap lah gambar aku sendiri seperti di bawah. 


Macam mana aku tangkap gambar aku sendiri macam gambar di bawah ni..?? 

Sebenarnya senang je caranya. Apa yang aku perlukan ialah kemera,speedlight, triger wireless dan tripod. Mula-mula aku pasang tripod dan letakan kemera aku diatasnya. lepas itu,aku pasang triger wireless di kemera aku dan juga pada fash. Flash itu aku pegang di belakang Badan aku. Akhir sekali, aku set timer dalam 10 saat  untuk tangkap gambar aku. Dan hasilnya seperi dibwah. sebenarnya warna caya speedlight itu warna putih tetapi aku edit warnanya menjadi biru.

AF Nikkor 50mm f/1.8D

Mood : mengantuk dan keletihan
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang sejuk dek angin kipas yang berpusing.
Time :  8.44pm
In My Mind : Sangap gile nak tangkap gambar
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum....

yAhoo..!! aku beli lens baru...!! lens ape..?? lens  Nikkor 50mm f/1.8D laa....hehe

Dua hari lepas,aku search lens  yang aku target selama ini iaitu nikkor 70-300mm dan nikkor 50mm. Aku search di internet iaitu di "mudah.com". Tapi yang aku jumpa di "mudah.com" yang penjualnya di kawasan melaka ialah lens model nikkor 50mm.Jadi,aku pon mesej pemilik lens itu dan membuat temujanji di satu tempat dan masa yang aku tetapkan sendiri.

Keesokan harinya,aku pon berjumpa dengan orang itu. Nama dia khusyairi umur dalam 20an dan dia juga seorang jurugambar. Kali pertama berjumpa dengan dia, rasa dah macam dari bangku sekolah aku kenal dengan dia. Sebabnya,macam-macam aku berbual dengan dia. Boleh dikatakan sejam juga lah kami berbual. Padahalnya,motif utama aku hanyalah nak beli lens.

Tujuan sebenar aku beli lens ni ialah bokehnya yang cantik,harga yang murah dan sesuai digunakan untuk tangkap gambar portrait.  Lens 50mm sesuai digunakan apabila cahaya persekitaran tidak mencukupi dan untuk mendapatkan bokeh ataulatarbelakang blur. kebanyakan jurugambar perkahwinan akan menggunakan lens ini kerana harganya yang murah dan dapat memberikan hasil gambar yang cantik.