Satu Hari Bersamanya

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas terik
Time :  1.20pm
In My Mind : Tak sabar menungu hari yang dinantikan..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum...

Keluar bersamanya memang seronok lebih-lebih lagi kalau dah lama tak keluar bersama. Kali ini aku dan si dia keluar di bandar Melaka. Perjalan kami bermula pada jam 9 pagi lebih dan aku menjemput si dia di Port Dickson  dan sampai di bandar Melaka lebih kurang jam 10 pagi lebih.

Waktu ini,si dia buat kali pertamanya memakai shawl. Sebelum ini si dia memang tak minat atas sebab tertentu. Tapi aku bagi tahu dia supaya mencuba dan memang lain style dia bila pakai shawl pada hari itu dan nampak lebih menarik. Lagi pon apa salahnya mencuba style yang baru mengikut peredaran masa yang pernting aurat masih lagi terpelihara.


Sebab Engkau la Aku Sangup Tak Makan...!!

Mood : letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas,cerah dan berangin
Time :  10.10am
In My Mind : Mengantuk lagi..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum...

haaa...Apa yang tertulis pada tajuk utama entry ini adalah benar. Tapi sebab siapa ye..?? anda tahu..?? kalau tak tahu, biar aku ceritakan satu demi satu.

Aku kalau minat pada sesuatu barang, aku sangup kumpul duit atau buat apa sahaja (*yang halal) asalkan aku dapat memiliki barang yang aku mahukan itu. Antaranya ialah aku sangup berjimat sehinga tidak makan ketika berada di apartment kolej.

Duit belanja yang ayah dan emak aku bagi, selalunya aku akan simpan seberapa banyak yang mampu. contohnya,kalau ayah aku bagi rm50 untuk duit belanja,aku hanya guna Rm30 atau kurang dari itu. Aku sangup makan nasi dengan telur @ nasi dengan acar buah @ meggi semata-mata untuk mengumpul duit.

Tujuan sebenar aku simpan duit sehinga aku sangup tidak makan ialah aku mahu dan teringin sangat memiliki DSLR model Nikon D7000. Tapi bila aku mampu memilikinya..?? Kalau duit simpanan aku sudah cukup, insyaallah aku akan memilikinya suatu hari nanti.
 

awas peminat Justin bierber

Mood : Marah..!!
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Gelap Malam dan berangin
Time :  10.18pm
In My Mind : Aku tak percaya cara pemandu lain..

Assalamualaikum....

Sebelum ini aku ada buat entry mengenai justin bierber kerana lagu dia (baby) ada unsur-unsur menyeru Dajal dan menghasut manusia kearah peperangan. tetapi ada seorang rakan blog mengatakan itu tidah benar kerana ada orang yang dah pernah menkaji lagu itu balik dan mengatakan ia palsu. 

Selepas je aku tahu  rakan blog mengatakan ia palsu,terus aku delete entry itu kerana aku tidak mahu orang lain mendapat info yang salah.

Dan hari ini semuanya telah terbukti yang lagu baby itu memang menyeru dan mengahasut kita kearah peperangan. Buktinya ialah aku dan senior aku telah membuat kajian terhadap lagu itu pada petang tadi dan ternyata benar yang justin bierber adalah pemimpin muda illuminati.

Sebenarnya bukan justin bierber sahaja tetapi ramai lagi artis yang cuba menghasut manusia beragama Islam supaya mernyeru dajal dari lirik lagu mereka antaranya lady gaga dan eminem.

Aku harap sesiapa yang dah tahu ataupon yang baru tahu berhenti lah mendengar dan meminati artis ini karana meraka hanya mahu menyesatkan kita sahaja.