Fynn Jamal

Mood : penat balik dari seremban
Location : Ruang tamu rumah
Time :  8.33pm
In My Mind : Seronok join hari sejuta belia di Putrajaya
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : Syed Hilmi Blogspot
 
ASSALAMUALAIKUM....

Semalam bersamaan 28/5/2011,aku dan dua orang rakan ku pergi ke Putrajaya bagi meraikan Hari Sejuta Belia. Dua orang rakan aku itu ialah Asyaraf dan Nuratiqah. Tujuan sebenar kami pergi ke sana ialah nak belajar fotografi bersama Paksu Manual. Tetapi semua yang dirancang tidak menjadi dan kami hanya bersiar-siar,bertemu artis dan mengambil gambar.



Artis itu ialah Fynn Jamal. Mungkin ada diantara kita yang tidak mengenali beliau. Tapi tidak mengapa,sekarang aku mahu anda mengenali Fynn Jamal. Fynn Jamal ini adalah seorang artis dan juga seorang blogger. Gambar di atas ini diambil oleh Nuratiqah. Dia ialah kawan baru aku yang aku kenal dari Asyraf. Dilam gambar ini dari kanan ialah Asyaraf(baju hitam),Fynn Jamal di tengah dan Syed Hilmi iaitu aku di kiri. Sekarang anda dah tahu macam mana rupa sebenar aku kerana sebelum ini aku menyembunyikan rupa aku dari orang yang aku kenal secara online.




Gambar ini pula ditangkap oleh aku sendiri. Disebelah kanan itu ialah Nuratiqah dan di sebelahnya ialah Fynn Jamal. Nuratiqah dan Asyaraf juga adalah seorang fotografi tegar seperti aku juga.

Photoshot With My Friend

Mood : Tak sabar nak pergi ke PutraJaya esok..=)
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung.
Time :  12.50pm
In My Mind : go to seremban to day..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Semalam bersamaan 26/5/2011,aku dan dua rakan aku keluar ke bandar melaka. Tujuannya ialah menjalankan aktiviti pengambaran iaitu photoshot. Pada mulanya kami tidak ada buat apa-apa plan untuk aktiviti ini kerana semuanya dirancang pada saat-saat akhir.

Di bawah ini adalah sample gambar setelah tamat sesi photoshot. Sesi ini bermula pada waktu petang dan berakhir pada waktu magrib. sebenarnya banyak lagi gambar yang aku tangkap tetapi belum siap di proses sepenuhnya. Kalau anda mahu tengok hasil gambar yang aku dan rakan-rakan aku tangkap itu,tungu lah pada mingu depan ye, diharap anda semua dapat bersabar...=)



My Picture but in Silhouette Pictures

Mood : mengantuk dan fikiran kusut
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam ni gelap.
Time :  11.44pm
In My Mind : go to seremban esok..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum....

Beberapa hari yang lepas,aku memang bosan sangat-sangat dan waktu itu juga aku tengah kemaruk nak tangkap gambar. Tapi aku tak tahu nak tangkap gambar siapa di rumah,jadi aku tangkap lah gambar aku sendiri seperti di bawah. 


Macam mana aku tangkap gambar aku sendiri macam gambar di bawah ni..?? 

Sebenarnya senang je caranya. Apa yang aku perlukan ialah kemera,speedlight, triger wireless dan tripod. Mula-mula aku pasang tripod dan letakan kemera aku diatasnya. lepas itu,aku pasang triger wireless di kemera aku dan juga pada fash. Flash itu aku pegang di belakang Badan aku. Akhir sekali, aku set timer dalam 10 saat  untuk tangkap gambar aku. Dan hasilnya seperi dibwah. sebenarnya warna caya speedlight itu warna putih tetapi aku edit warnanya menjadi biru.