My Friend Hobby

Mood : Kelaparan.....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  4.40pm
In My Mind : Boring betul waktu cuti sem
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM....

Dalam gambar ini ialah Muhammad Asyraf yang merupakan junior aku di kolej. Hobi dia sama dengan aku cuma aku mula lambat sedikit dari dia. Macam aku,fotografi ni cuma sekadar hobi biasa-biasa sahaja dan belum menjadikan ia sebagai hobi yang serius. Tetapi,dia ni menang minat sangat dengan dunia fotografi sampai kalau ada apa-apa sahaja yang ada di depan mata dia,dia akan snap gambar itu dan dia akan cuba merakamkan satu gambar yang cantik.

Photoshot with Rafie and Anuar

Mood : Bosan gred A+
Location : Ruang tamu rumah
Time :  9.21pm
In My Mind : Boring betul waktu cuti sem
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM...

Anda ingat tak lagi entry aku sebelum ini yang bertajuk Photoshot with My Friend.? Kalau anda yang mengikuti apa sahaja entry yang dihasilkan oleh aku,pasti anda ingat. Betul tak..?? bagi yang belum tahu tidak mengapa,anda masih boleh melihat dan membaca dengan klik di SINI.

Gambar di bawah ini aku tangkap di Dataran Pahlawan dan Masjid Selat Melaka. Kawasan di situ sunguh cantik untuk photoshot lebih-lebih lagi di Masjid Selat. Bagi yang pernah pergi di sana pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar kerana suasana dan latar belakang sunguh cantik jika mahu menghasilkan sebuah gambar portrait.  

Ok lar,jom tengok gambar yang aku tangkap ini. Sebelum itu,aku ni bukan seorang photographer cuma benda ni aku jadikan sebagai hobi dan aku masih beginner dalam fotografi dan editing. Semua gambar di bawah ini adalah hasil dari aku sendiri. aku harap anda boleh terima semua hasil seni aku.


 




P/S : Kalau anda mahu lihat lebih banyak lagi hasil seni dari aku,boleh lar join page aku di FB dengan klik di SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Photoshot Siti NorSherina

Mood : mata berat -_-
Location : Ruang tamu rumah
Time :  9.35pm
In My Mind : Malam ni ade aktivit photoshot bersama rakan aku.
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM....

Siti NorSherina ni ialah senior aku di kolej. Aku mula kenal dia ketika aku mengikuti progrem yang dianjurkan oleh sebuah kelab di kolej aku iaitu Kelab Pecinta Alam. Ahli kelab itu membuat aktiviti mendaki Gunung Stong di Kelantan dan aku adalah antara 2 peserta terakhir yang mendaftar bagi mengikuti aktiviti itu. Semenjak dari situ lar aku kenal senior yang bernama Siti NorSherina.

Gambar di bawah ini aku ambil ketika aku dan dua orang rakan aku iaitu Nuratiqah dan Asyraf pergi ke Putrajaya bagi mengikuti hari Sejuta Belia di sana. Pada waktu itu juga Siti NorSherina pon turut pergi dan kami bertemu di sebelah petangnya sambil bersantai di sebelah tasik di Putrajaya. Dengan kesempatan itu, aku,Asyraf,Nuratiqah dan Siti NorSherina melakukan ativiti bergambar dan dibawah ini adalah beberapa hasil dari lensa kemera aku.