KL GANGSTER

Mood : Kelaparan....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  8.45pm
In My Mind : Boring betul waktu cuti sem
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM.... 

Dah lama sangat aku tak tengok wayang. Tiba-tiba je semalam kawan aku pelawa aku tengok dan aku pon tampa berfikir panjang ikut sama. Cerita yang aku dan rakan-rakan aku tengok ialah cerita KL Gengster. Semalam hari pertama cerita itu ditayangkan di seluruh Malaysia. Ceritanya bagi aku 80% memang best. Ini kerana aksinya yang banyak dan memang nampak real. 

Ape yang paling best sekali  aku tengok ialah time KL Gengster ni buat shooting dekat area rumah aku di Sungai udang. Tapi waktu itu aku tak tahu pon yang dia tengah buat shooting cerita ni cuma aku nampak Syamsul yusof dari jauh. Kalau lah aku tahu,aku pergi dekat leh ar aku jumpa pelakon-pelakon tu semua...hehe.... Kalau korang nak tahu dekat mane dia buat shooting tu ialah di penjare sungai udang,kalu korang tengok starting cerita tu,pasti korang akan perasan.


My Friend Hobby

Mood : Kelaparan.....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  4.40pm
In My Mind : Boring betul waktu cuti sem
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM....

Dalam gambar ini ialah Muhammad Asyraf yang merupakan junior aku di kolej. Hobi dia sama dengan aku cuma aku mula lambat sedikit dari dia. Macam aku,fotografi ni cuma sekadar hobi biasa-biasa sahaja dan belum menjadikan ia sebagai hobi yang serius. Tetapi,dia ni menang minat sangat dengan dunia fotografi sampai kalau ada apa-apa sahaja yang ada di depan mata dia,dia akan snap gambar itu dan dia akan cuba merakamkan satu gambar yang cantik.

Photoshot with Rafie and Anuar

Mood : Bosan gred A+
Location : Ruang tamu rumah
Time :  9.21pm
In My Mind : Boring betul waktu cuti sem
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM...

Anda ingat tak lagi entry aku sebelum ini yang bertajuk Photoshot with My Friend.? Kalau anda yang mengikuti apa sahaja entry yang dihasilkan oleh aku,pasti anda ingat. Betul tak..?? bagi yang belum tahu tidak mengapa,anda masih boleh melihat dan membaca dengan klik di SINI.

Gambar di bawah ini aku tangkap di Dataran Pahlawan dan Masjid Selat Melaka. Kawasan di situ sunguh cantik untuk photoshot lebih-lebih lagi di Masjid Selat. Bagi yang pernah pergi di sana pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar kerana suasana dan latar belakang sunguh cantik jika mahu menghasilkan sebuah gambar portrait.  

Ok lar,jom tengok gambar yang aku tangkap ini. Sebelum itu,aku ni bukan seorang photographer cuma benda ni aku jadikan sebagai hobi dan aku masih beginner dalam fotografi dan editing. Semua gambar di bawah ini adalah hasil dari aku sendiri. aku harap anda boleh terima semua hasil seni aku.


 




P/S : Kalau anda mahu lihat lebih banyak lagi hasil seni dari aku,boleh lar join page aku di FB dengan klik di SYED HILMI PHOTOGRAPHY