ASSALAMUALAIKUM
Kali nie syed nak bagi tips macam mana nak jadikan sesorang lelaki itu dihargai...
1. Wow, anda nampak hebat!
Tahukah anda lelaki sebenarnya ada masalah keyakinan diri atau insecurities? Kadang-kadang, ketika menyarung pakaian atau memakai kemeja baru berjenama mahal, lelaki masih tertanya-tanya apakah ia memberi impak atau menambah tarikan diri? Lelaki suka dengar kata-kata seperti ‘wow, kacaknya kamu hari ini’ atau ‘kemeja berpetak ini sangat sesuai dengan kamu.’ Tidak percaya? Cuba lafazkan dan perhatikan reaksi si dia.
2. Aduh, saya suka bahagian tubuh mu yang ini...
Jangan segan, lelaki sebenarnya suka jika didatangi wanita yang memuji bahagian tertentu pada tubuhnya seperti, ‘wow, sasanya bahu anda’ atau ‘saya suka ketinggian kamu’. Mengapa tidak? Jika bukan mahu dipuji, takkanlah jejaka sanggup menghabiskan berjam-jam sehari di gymnasium atau bersukan demi mendapatkan tubuh badan idaman dara?
3. Saya suka bila kamu...
Satu lagi kenyataan yang mampu menjadikan lelaki teruja. Anda tambahlah kenyataan ini mengikut kesesuaian situasi atau perlakuan si dia. ‘Aduh, saya suka bila kamu menyanyi’ atau ‘manisnya kamu bila kamu merendah diri’. Lelaki pasti lebih menghargai diri anda. Kenyataan ini juga boleh membuatkan si dia mengorak langkah pertama jika jejaka malu-malu untuk memulakannya.
4. Hey, gadis itu sedang mengurat kamulah...
Kenyataan ini pasti membantu semangat dan keyakinan diri jejaka. Ia juga memberi isyarat kepadanya bahawa anda seorang pemerhati dan tidak bimbang untuk menyuarakannya kepada si dia. Mana tahu, tumpuan mungkin beralih kepada anda!
5. Kamu betul!
Ini sangat klise dalam dunia lelaki. Lelaki sering mahu dianggap betul dan mengambil tindakan tepat. Lelaki cenderung berfikir bahawa dirinya mempunyai banyak kelebihan dan mahu diangkat sebagai ketua. Tetapi, jika benar lelaki itu betul, katakan saja kepadanya bahawa tindakannya itu tepat. Tidak salah bukan?
6. Boleh kamu bantu saya?
Ingat, lelaki setiap masa mahu membuktikan kejantanannya. Mintalah bantuan dari lelaki setiap masa - anda mahu lelaki menampal bumbung rumah atau menukar tayar kereta? Carilah mana-mana lelaki dan mereka akan datang membantu.
7. Kamu tidak akan jadi botak...
Tahukah anda menjadi botak adalah ketakutan majoriti lelaki? Cara untuk mengumpan lelaki yang mungkin menampakkan tanda-tanda berubah menjadi botak ialah menyatakan dia tidak akan mencapai tahap itu atau nyatakan bahawa botak itu sebenarnya seksi.

itu je dari syed...ingt wanita2 di luar sana,ini adalah tujuh kenyataan atau ayat-ayat ‘keramat’ yang mampu mencairkan jiwa jejaka. Anda sedang cuba menawan hati jejaka? Apa kata cuba lafazkan satu atau dua daripada kenyataan ini. Selamat mencuba!