Ni kira pepatah yang disesuaikan dengan zaman kini …

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang takde gear reverse,
sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
4. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga… nasi pun habis.
5. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu
6. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
7. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
8. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
9. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.19. Biar lambat asalkan perlahan.
10. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
11. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

haha...lawak x..?? bagi Syed lawak,,,bgi korang..??

UNTUK MENGELAKKAN CACING DALAM BADAN

ASSALAMUALAIKUM

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan
dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana cikgu akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan cikgu, akan cikgu masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri cikgu akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

"untuk mengelakan cacing didalam badan,,,minumlah arak"

"hampeh"   -_-' cikgu mengeluh....

berwajah baru.....!!

ASSALAMUALAIKUM...

  • Ade nampak palik x blog syed..?? or ade nampak perbezaan x..??
  • Sebenarnye,syed dah tukar background baru,,,,B4 nie gelap je,,,sekarang gune background bumi..
  • Bagi Syed,ade ar nampak perbezaan sikit,klau x,bende yg same je,,,
  • kali ni baru ar nampak macam ceria cikit,,,betul x..??
  • memang dari semalam syed nak buat perubahan kt blog nie..
  • just nak kasi lebih CERIA,MENARIK dan yg paling penting lebih SIMPLE  
  • lepas nie nak upgrade header lak..coz header sekarang ni agak serabut,,betul x..??
  • nnt kalau header dh siap,korang tengok ar k,,,hehe,,x pown,syed guune header B4 header barcelona nie....hehe...