Kesan Hantu Kak Limah Balik Rumah Kepada Penonton

ASSALAMUALAIKUM


  • Cakap pasal filem Hantu Kak Limah, pasti semua orang di Malaysia ni tahu. Kadang-kadang bukan tahu je,tapi ade yang dah hafal keseluruhan jalan cerita filem itu. betul tak..??
  • Ape yang aku tahu,filem hantu kak limah ni adalah filem dari sambungan filem Zombie Kampung Pisang. betul ke..??
  • betulkan...?? hehe...sebenarnye,entry ni aku nak cerita mengenai kesan atau impak filem nie kepada penonton.
  • bagi aku,kesan yang paling ketara sekali yang terjadi pada diri aku dan juga orang lain adalah skrip dia.
  • skrip filem ni memang lawak dan ramai yang dah tiru. betul tak..?? kalau betul tolong senaraikan..hehe..
  • antara senarai skrip filem Hantu kak Limah yang paling banyak aku dan rakan-rakan aku gunakan ialah....
  1. cer cite,cer cite,cer cite...
  2. nampak beno menipunye....
  3. itulah pentingnya English education...
  4. kalau kerusi ni bukan hak milik kerajaan,dah lama teman lampo je kat sungai...
  5. keh,,,keh,,,keh,,,keh,, 
  6. kite bako je,kite bako,kite bako.... < by miss husna
  7. perisa blueberry... my favorite..   < by Kyla's story
  8. sabo jelaaa..      < by FariehanIbrahim
  9. sape2 yang setuju kiter bakor umah dia, sila angkat tangan mcm sayeee  < by cik blogger
  10. aku  ini orang  indonesia......... kalau tidak  penuh  ilmu di dada........ tidak sampei ke puncak everest.... < by Cik Sakdi
  11. ....................
  12. ...............
  13. ...........
  14. .......
  • sebanarnye banyak lagi,tapi yang aku ingat 6 je tu...hehe...
  • kalau korang tahu ape skrip yang paling ramai orang gunekan,,leh lah senaraikan di ruang komen eh,nnt aku update 1 demi 1 dan aku kredit kt name korang sekali ok....
  • ok lar..tu je aku nak cerita,terima asih kerana sudi bace entry aku yang ta seberape ni...huhu assalamualaikum...

You The Losser....!!!

ASSALAMUALAIKUM

  • Arsenal,arsenal,arsenal...
  • Hampir semua orang tahu dan kenal  kelab ini...tapi tahukah korang semua yang Arsenal FC ini telah menimpa nasib yang paling malang sekali pada musim ini.
            

          Nasib Malang Pertama Arsenal (Carling Cup)
  • Antara nasib malang pertama arsenal ialah kalah tipis 2-1 pada perlawanan final Carling Cup menentang  kelab yang tidak begitu teernama iaitu Birmingham. Perlawanan tersebut seputunya Arsenal boleh menjadi juara,tetapi,pengurus pasukan tersebut Arene Wenger tidak menurunkan kesebelasan utamanya kerana mahu merehatkan pemain tersebut untung menentang Barcelona nanti. Tetapi strategi itu tidak menjadi dan menyebabkan Arsenal kalah pada final tersebut. 

          Nasib Malang Ke-2 Arsenal (UEFA)

  • Nasib malang kedua Arsenal  iaitu kalah pada perlawanan UEFA iaitu Liga Juara-Juara Eropah menentang pasukan terbaik Eropah iaitu Barcelona. Dengan bekalan gol 2-1 di tempat sendiri,ia belum  cukup untuk menang ke atas Barcelona di NouCamp apabila Barcelona menang ke atas arsenal 3-1 . Dengan agreget 3-2, arsenal kalah dan tidak layak ke peringkat seterusnya.

          Nasib Malang Ke-3 Arsenal (FA Cup)
  • Nasib malang Arsenal berterusan lagi apabila sekali lagi kalah pada pada perlawanan  menentang kelab yang kini mengunguli Barclays Premier League iaitu Manchester United. kekalahan 2-0 keatas Manchester United telah melengkapkan hatrik Arsenal yang kalah berturut-turut didalam perlawanan penting.