Fynn Jamal

Mood : penat balik dari seremban
Location : Ruang tamu rumah
Time :  8.33pm
In My Mind : Seronok join hari sejuta belia di Putrajaya
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : Syed Hilmi Blogspot
 
ASSALAMUALAIKUM....

Semalam bersamaan 28/5/2011,aku dan dua orang rakan ku pergi ke Putrajaya bagi meraikan Hari Sejuta Belia. Dua orang rakan aku itu ialah Asyaraf dan Nuratiqah. Tujuan sebenar kami pergi ke sana ialah nak belajar fotografi bersama Paksu Manual. Tetapi semua yang dirancang tidak menjadi dan kami hanya bersiar-siar,bertemu artis dan mengambil gambar.



Artis itu ialah Fynn Jamal. Mungkin ada diantara kita yang tidak mengenali beliau. Tapi tidak mengapa,sekarang aku mahu anda mengenali Fynn Jamal. Fynn Jamal ini adalah seorang artis dan juga seorang blogger. Gambar di atas ini diambil oleh Nuratiqah. Dia ialah kawan baru aku yang aku kenal dari Asyraf. Dilam gambar ini dari kanan ialah Asyaraf(baju hitam),Fynn Jamal di tengah dan Syed Hilmi iaitu aku di kiri. Sekarang anda dah tahu macam mana rupa sebenar aku kerana sebelum ini aku menyembunyikan rupa aku dari orang yang aku kenal secara online.




Gambar ini pula ditangkap oleh aku sendiri. Disebelah kanan itu ialah Nuratiqah dan di sebelahnya ialah Fynn Jamal. Nuratiqah dan Asyaraf juga adalah seorang fotografi tegar seperti aku juga.