Mood : Kecewa,sedih,geram,marah,takut,trauma...
Location : Office
Time : 7.57am
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
Official Photographer : Tarbus Studio
Location : Office
Time : 7.57am
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
Official Photographer : Tarbus Studio
Assalamualaikum....
Aku masih tidak percaya lagi apa yang telah berlaku pada aku semalam (2 Oktober 2013). Seakan-akan peristiwa itu hanya impi bagi aku. Tetapi ianya memang realiti. Apple Imac aku di bawa lari & aku ditinggalkan berseorangan di kawasan kilang di Taman Universiti, Skudai, Johor.
Ceritanya bermula seperti ini....
11 September 2013 - Pada tarikh ini, aku telah memasukkkan satu iklan jualan apple imac 27inc di sebuah website yang dikenali sebagai mudah.my. Ianya berlaku seperti biasa, selepas aku memasukkan iklan,aku akan tunggu dalam tempuh 2 bulan jika ada sesiapa yang akan menghubungi aku untuk membeli apple imac tersebut. Apple Imac itu sebenarnya adalah kepunyaan rakan aku & dia meminta aku untuk menjualkannya.
1 Oktober 2013 - Tanggal 1 Oktober, aku menerima satu mesej dari numbor yang tidak aku kenali.
Buyer : Boss,u punya apple mac harga boleh kurang sikit lagi tak ?
Aku : Boleh...rm6*** boleh...?
Buyer : itu bang beli tahun bila ?
Aku : Late november 2011...skrang pon dh jrang gune coz dh guna macbook...
Buyer : So,bang kat melaka sahaja ada turun Jb tak,sebab i selalu kat jb,tapi maybe hari jumaat ada
pergi Kl,masa itu i boleh singgah kat ayer keroh meet sama bang,tapi tak tahu masa apa bang
ada free sikit ?
Aku : Klau nk kt jb boleh,tp kene tungu raya haji 15 or 16 hri bulan sy trun Jb...
Buyer : lagi baik ,nanti bang hantar ke office saya saja,ini mac pun pakai kat office saja.
Aku : (calling)
Buyer : Tapi nak make sure mac itu pakai tak ada masaalah,kalau tidak nanti boss saya marah i kenapa
beli satu komputer 6k ada masalah.
Buyer : Ok ,bang,esok pukul berapa u sampai,tapi boss tanya 5850 sudahlah.
Aku :erm...jngn lar mcm 2 bos,sy dh abis kurang dah ni...boleh kn 6****...ptg after wktu kerja dlm
kol 6...
Buyer : oklah just call i when yr reach.
Aku : mybank 15*** ** *****...syed ...Kalau u dah bank in,inform kt sy k...
Buyer : ok,tapi kene lepas pukul 6pm boleh tak.?
Aku : orait...boleh,klau u dah bank in trus inform kt sy k...jd esok just perlu bayar lagi 5*** je lar k
Jam 6.53pm dia telahpun Bankin duit pendahuluan sebagai tanda persetujuan untuk membeli apple imac tersebut.
2 Oktober 2013 - pada pukul 10.31am, buyer tersebut menghantar sms mengunakan numbor yang lain.
Buyer : Bang, h/p i semalam terjatuh, sekarang i pakai no. ini, u agar pukul berapa sampai jb?
Aku : owh...ptg dlm kol 6...
Buyer : ok,so,bang nak saya buat satu bangker cek untuk u atau nak bagi cash 5*** bagi u?
Aku : Kalau boleh sy nk cash...nnt nk jumpe kt ne...?
Buyer : ok,tak ada masalah, i kerja sell ,so kalau boleh keluar tol kulai ,lpas itu call i.
Buyer : Kalau nk datang rumah i pun boleh nak datang office saya pun boleh.
Aku : Sy skrng kt tamau U skudai,,, rumah n office kt ne yg dekat dgn area skudai...?
Buyer : U sudah ada kat taman u sekarang?
Aku : yup
Buyer : (Calling)
Buyer : OK, i habis kerja i call u
Aku : (Aku pon sampai ke lokasi pertemuan pertama di Mcd Taman Mutiara Rini)
Buyer : Bang ,ada trafic jem sikit, u tidak perlu tungu sana lah, i sampai taman u i baru call u.
Aku : orait...taman u nnt nk jmpe di mne...?
Buyer : I rasa kat sport club sana pun boleh.
Aku : bos, kt Petronas sebelah jusco taman u senang cikit...
Buyer : Boleh juga, tak ada masalah.
Buyer : Bang,i sudah sampai (7.34pm)
Aku : Orait, u naik kate ape?
Buyer : Toyota Caldina Hitam.
Aku pun berjumpa dengan buyer tersebut di kedai nasi lemak bersebelahan kedai motosikal SYM (seberang jalan Petronas). Lalaki cina tersebut membawa seorang rakan bersama dengannya. Lelaki Cina tersebut berumur lingkungn awal 30an dan rakan yang bersamanya, Melayu lingkungan pertengahan 30an.
Selepas berbual mengenai detail Apple Imac tersebut, lelaki cina tersebut mahu mencuba samaada imac itu berfungsi atau tidak. Jadi,di mahu membawa imac itu ke kilangnya. pukul 8.15pm,saya menaiki kereta lelaki tersebut dan dia membawa saya ke station minyak Shell taman universiti kerana mahu mengeluarkan bagi wang RM500. Selepas itu di membawa saya ke kilang dia yang berdekatan dengan taman universiti.
Pada waktu itu dia seakan-akan berlakon yang di telah tersalah kilang dan berkata bahawa di tersalah lorong. Dia pun membawa saya ke kilang yang berhampiran. Selepas sampai ke sebunag kilang, lelaki Cina meminta rakan Melayu supaya membuka pintu kilang tersebut,tetapi meraka berdua keluar dari kereta dan meminta saya keluar dari kereta. lelaki cina itu berbual dengan parkguard di kilang tersbut dan parkguar itu berkata kilang tersebut adalah sebalah kilang ini.
Jarak kilang itu adalah kurang dari 30miter dan saya mengambil langkah untuk berjalan kaki sahaja untuk ke kilang itu. Kedua-dua lelaki tersebut masuk ke kereta seperti biasa untuk ke kilang itu, namun mereka pergi kearah yang lain dan memecut laju melarikan diri.
Saya pada waktu itu tergamam dan tidak sempat berbuat apa-apa. Saya ditingalkan agak jauh dari lokasi pertemuan dan berjalanan kaki (hampir 30minit) untuk ke kereta. Kes ini masih lagi dalam siasatan polis, saya berharap agas suspek itu berjaya ditangkap.
Kepada rakan-rakan di luar sana harap lebih berhati-hati ketika berurusan jual beli dengan orang yang tidak di kenali. kalau boleh,deal di tempat yang terbuka dan tempat yang mempunyai banyak CCTV...
DEMMM...!!!
macam mane aku nak ganti duit Imac mambe aku ni..?!?!?!?!?!?!?!?