Sepah The Movie

Mood : Esok ada orang nikah lar....
Location : Di dalam kamar
Time :  11.58pm
Photographer & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY    
Official Photographer :  Tarbus Studio

ASSALAMUALAIKUM....

Pada 12 November  2012 yang lepas, aku dan rakan aku telah di jemput untuk menghadiri privew Sepah The Movie (Majlis pra tonton Sepah The Movie) bertempat di The Curve,Mutiara Damansara. Seperti biasa, majlis bermula pada jam 8 malam,jadi aku dan 2 lagi orang rakan aku bertolak dari Melaka dalam jam 11.30am. Kami bertolak awal dari Melaka kerana ingin pergi ke sebuah kedai peralatan kamera yang terletak di sekitar Ampang.

Ini adalalah kali pertama aku pergi ke The Curve,jadi perasaan teruja itu sudah semestinya ada. Tempatnya mewah dan seperti berasa sedang bercuti di luar negara. Antara sebab aku suka berada disitu adalah kerana persekitaran yang bersih.


Priview Sepah The movie bermula sekitar jam 10.00pm. Jadi diantara jam 8.00pm-10.00pm adalah sesi pendaftaran untuk tempat duduk di dalam wayang, menungu artis or orang-orang penting dalam penerbitan Sepah The Movie dan sesi bersama media. Aku adalah salah seorang media (Tarbus Studio) dan bertanggungjawab merakam detik-detik penting sepanjang perjalanan Priview Sepah The Movie. Dibawah ini adalah gambar yang sempat aku rakamkan.


Nak cerita sedikit pengalaman aku di sana. Ternyata memang ramai orang yang datang di sana dan hampir kesemuanya adalah peminat setia Sepah dan ramai yang ingin merakamkan gambar meraka ketika di sana termasuk media. Jadi ketika aku ingin merakamkan gambar meraka,aku perlulah beri peluang untuk media menjalankan tugas meraka dahulu supaya mereka dapat menghasilkan gambar  dan moment yang baik,selepas itu baru lah aku merakamkan gambar artis-artis tersebut seperti gambar di bawah. Saya berharap gambar saya di bawah ini dapat memberi kualiti yang baik untuk tontonan para pembaca blog saya.

p/s : jangan lupa tengok Filem Sepah The Moview bermula pada 29 November 2012. Aku dah tengok,memang best & lawak,jadi korang pon mesti kene tengok juga...=)