Fynn Jamal

Mood : penat balik dari seremban
Location : Ruang tamu rumah
Time :  8.33pm
In My Mind : Seronok join hari sejuta belia di Putrajaya
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : Syed Hilmi Blogspot
 
ASSALAMUALAIKUM....

Semalam bersamaan 28/5/2011,aku dan dua orang rakan ku pergi ke Putrajaya bagi meraikan Hari Sejuta Belia. Dua orang rakan aku itu ialah Asyaraf dan Nuratiqah. Tujuan sebenar kami pergi ke sana ialah nak belajar fotografi bersama Paksu Manual. Tetapi semua yang dirancang tidak menjadi dan kami hanya bersiar-siar,bertemu artis dan mengambil gambar.



Artis itu ialah Fynn Jamal. Mungkin ada diantara kita yang tidak mengenali beliau. Tapi tidak mengapa,sekarang aku mahu anda mengenali Fynn Jamal. Fynn Jamal ini adalah seorang artis dan juga seorang blogger. Gambar di atas ini diambil oleh Nuratiqah. Dia ialah kawan baru aku yang aku kenal dari Asyraf. Dilam gambar ini dari kanan ialah Asyaraf(baju hitam),Fynn Jamal di tengah dan Syed Hilmi iaitu aku di kiri. Sekarang anda dah tahu macam mana rupa sebenar aku kerana sebelum ini aku menyembunyikan rupa aku dari orang yang aku kenal secara online.




Gambar ini pula ditangkap oleh aku sendiri. Disebelah kanan itu ialah Nuratiqah dan di sebelahnya ialah Fynn Jamal. Nuratiqah dan Asyaraf juga adalah seorang fotografi tegar seperti aku juga.

Photoshot With My Friend

Mood : Tak sabar nak pergi ke PutraJaya esok..=)
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung.
Time :  12.50pm
In My Mind : go to seremban to day..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Semalam bersamaan 26/5/2011,aku dan dua rakan aku keluar ke bandar melaka. Tujuannya ialah menjalankan aktiviti pengambaran iaitu photoshot. Pada mulanya kami tidak ada buat apa-apa plan untuk aktiviti ini kerana semuanya dirancang pada saat-saat akhir.

Di bawah ini adalah sample gambar setelah tamat sesi photoshot. Sesi ini bermula pada waktu petang dan berakhir pada waktu magrib. sebenarnya banyak lagi gambar yang aku tangkap tetapi belum siap di proses sepenuhnya. Kalau anda mahu tengok hasil gambar yang aku dan rakan-rakan aku tangkap itu,tungu lah pada mingu depan ye, diharap anda semua dapat bersabar...=)



My Picture but in Silhouette Pictures

Mood : mengantuk dan fikiran kusut
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam ni gelap.
Time :  11.44pm
In My Mind : go to seremban esok..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum....

Beberapa hari yang lepas,aku memang bosan sangat-sangat dan waktu itu juga aku tengah kemaruk nak tangkap gambar. Tapi aku tak tahu nak tangkap gambar siapa di rumah,jadi aku tangkap lah gambar aku sendiri seperti di bawah. 


Macam mana aku tangkap gambar aku sendiri macam gambar di bawah ni..?? 

Sebenarnya senang je caranya. Apa yang aku perlukan ialah kemera,speedlight, triger wireless dan tripod. Mula-mula aku pasang tripod dan letakan kemera aku diatasnya. lepas itu,aku pasang triger wireless di kemera aku dan juga pada fash. Flash itu aku pegang di belakang Badan aku. Akhir sekali, aku set timer dalam 10 saat  untuk tangkap gambar aku. Dan hasilnya seperi dibwah. sebenarnya warna caya speedlight itu warna putih tetapi aku edit warnanya menjadi biru.

AF Nikkor 50mm f/1.8D

Mood : mengantuk dan keletihan
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang sejuk dek angin kipas yang berpusing.
Time :  8.44pm
In My Mind : Sangap gile nak tangkap gambar
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum....

yAhoo..!! aku beli lens baru...!! lens ape..?? lens  Nikkor 50mm f/1.8D laa....hehe

Dua hari lepas,aku search lens  yang aku target selama ini iaitu nikkor 70-300mm dan nikkor 50mm. Aku search di internet iaitu di "mudah.com". Tapi yang aku jumpa di "mudah.com" yang penjualnya di kawasan melaka ialah lens model nikkor 50mm.Jadi,aku pon mesej pemilik lens itu dan membuat temujanji di satu tempat dan masa yang aku tetapkan sendiri.

Keesokan harinya,aku pon berjumpa dengan orang itu. Nama dia khusyairi umur dalam 20an dan dia juga seorang jurugambar. Kali pertama berjumpa dengan dia, rasa dah macam dari bangku sekolah aku kenal dengan dia. Sebabnya,macam-macam aku berbual dengan dia. Boleh dikatakan sejam juga lah kami berbual. Padahalnya,motif utama aku hanyalah nak beli lens.

Tujuan sebenar aku beli lens ni ialah bokehnya yang cantik,harga yang murah dan sesuai digunakan untuk tangkap gambar portrait.  Lens 50mm sesuai digunakan apabila cahaya persekitaran tidak mencukupi dan untuk mendapatkan bokeh ataulatarbelakang blur. kebanyakan jurugambar perkahwinan akan menggunakan lens ini kerana harganya yang murah dan dapat memberikan hasil gambar yang cantik.

Photoshot With Saeidah

Mood : mengantuk dan kesejukkan
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang sejuk dek angin yang bertiup.
Time :  10.00pm
In My Mind : Ada sesiapa nak jadi model aku untuk photoshot di Melaka..??
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Petang tadi dalam jam 3 petang,aku keluar ke bandar Melaka. Tujuan aku keluar ke bandar Melaka adalah untuk buat photohot bersama rakan aku disamping untuk menambah pengalaman baru. Ini adalah kali pertama aku buat photoshot mengunakan gear baru.

Padamulanya,photoshot  berjalan dengan lancar. Tetapi idea aku kurang pada waktu itu dan aku tak dapat tangkap banyak gambar. Ditambah lagi trigger aku yang rosak, ia memberi tekanan lagi kepada aku. tapi alhamdulillah, kerana semua gambar yang aku ambil hapir semuanya aku berpuas hati. 

Dibawah ini ada 2 gambar yang aku tangkap pada petang tadi. Semuanya adalah hasil dari aku sendiri iaitu photographer beginner. Aku harap lepas ini aku dapat buat yang lebih baik lagi dari hari ini.





Design Business Card

Mood : Sakit kepala
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang sejuk dek angin yang bertiup.
Time :  10.50pm
In My Mind : Ada sesiapa nak jadi model aku untuk photoshot di Melaka..??  
Create & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Buat kali pertamanya aku design business card untuk kawan aku. Sebenarnya, aku tak pernah langsung belajar design card ataupon apa-apa yang berkaitan dengan design. Cuma, aku bawakan cara aku edit gambar dan header mengunakan adobe itu, kepada design business card.

Dibawah ini adalah salah satu design yang terbaik bagi aku. Tapi tak berapa cantik sangt kerana aku beginner designer. Aku nak design busines card ambil masa yang lama juga kerana nak dapatkan mood dan idea yang terbaik. Kalau anda nak tahu,ini adalah design yang ke 7 kalau tak silap aku.

Front





Back






accident

Mood : yahoo.!! maksudnye happy...
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang sejuk dek angin yang bertiup.
Time :  8.03pm
In My Mind : Ada sesiapa nak jadi model aku untuk photoshot di Melaka..??  
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Seawal jam 8 pagi lebih,handfon abang aku berbunyi  menandakan ada sesesorang sedang menungu pangilanya. Aku dalam keadaan yang tidur-tidur ayam,mendengar perbualan telefon itu walaupon perbualan itu mengangu waktu tidur aku. Secara tiba-tiba, abang aku meninggikan suaranya dan berkata "accident..?!?!". Aku pada mulanya tidak syak apa-apa dan hanya berharap kejadian itu tidak berlaku pada keluarga aku. Selepas sahaja perbualan itu,abang aku bersiap untuk keluar.

Selang beberapa minit,aku bangun dari tidur dan meluru ke tandas untuk mandi. Tiba-tiba telefon rumah aku berdering. Aku dalam keadaan yang  masih mamai meluru ke telefon dan menjawab pangilan telefon itu. Lupenya ayah aku yang menelefon. Tujuan ayah aku menelefon adalah kerana ayah aku menyuruh aku menghantarkan lesen kereta ayah aku yang tertingal di dalam poket uniform ayah aku,

Setelah tamat perbualan itu,aku pon mandi dan bersiap-siap untuk menghantar lesen yang ayah aku minta itu. Pada mulanya,aku tidak ada syak apa-apa mengenai excident dari pangilan telefon abang aku itu. Dalam perjalanan ke destinasi yang ingin di tuju,macam-macam  perkara yang aku fikirkan dan macam ada sesuatu yang buruk berlaku. Namun aku hanya berfikir positif dan mengharapkan tiada sesutu yang buruk berlaku.

Alhamdulillah,sampai sudah ke destinasi yang aku tuju itu dan aku nampak kereta ayah aku yang berada di bahu jalan bersebelahan dengan sebuah kedai. Dalam keadaan yang lega kerana sampai ke tempat itu dengan selamat,tiba-tiba bertukar menjadi tidak tenteram kerana aku nampak motosikal abang aku pon berada disitu.

Ketika aku ingin masuk ke kedai itu,mata aku hanya memandang ke arah kereta ayah aku itu. huh..kereta ayah aku remuk di bahagian depan pintu kereta di sebelah pemandu. Kereta ayah aku itu baru je berusia setahun lebih dan kereta itu amat penting bagi ayah aku untuk bergerak ke mana-mana lebih-lebih lagi untuk menghantar emak aku kerja,beli barang keperluan dan pulang ke kampung yang jauhnya lebih
dari 6 jam perjalanan.

Setelah sampai disitu,aku memberi barang yang ayah aku suruh hantar dan aku melihat wajah ayah aku seperti berada dalam kesusahan dan kebingugan. Namun ayah aku mengawal keadaan itu dan tidak mahu melihat ahli keluarganya risau akan kejadian yang menimpa ayah aku.

Aku sunguh kesian dan tidak mampu untuk membantu apa-apa. Aku bersukur kerana ayah aku tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Tetapi keadaan kereta yang teruk dan keadaan motosikal yang melangar kereta ayah aku pon teruk itu yang aku risau. Jika orang yang melangar itu salah,ayah aku mungkin tidak mengeluarkan sebarang wang untuk membaiki kereta itu. Tetapi,jika ayah aku yang salah dalam kejadian itu,kemungkinan besar ayah aku terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki kereta dan juga motosikal itu lebih dari RM3000.


            

2 keping gambar je

Mood : Selalu sangat mengantuk
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang sejuk dek angin yang bertiup.
Time :  9.20pm
In My Mind : Ada sesiapa nak jadi model aku untuk photoshot di Melaka..??
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini abang aku SYED IZZAT mempelawa aku untuk berjoging di taman rekriasi di Sungai Udang Melaka. Aku pada mulanya nak ikut joging bersama,tapi tiba-tiba jadi malas. Tapi,aku ikut juga hanya untuk mengambil gambar di kawasan itu. 

Pada mulanya aku harap kawasan itu ada pemandangan yang cantik dan mempunyai bunga yang menarik,tapi sebaliknya. Aku berada di situ hanya dapat tangkap beberapa keping gambar sahaja dan tidak lebih dari 5. Antara gambar-gambar itu ialah seperti di bawah ini.

 

Main guitar.

Mood : Selsema dah menganas
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Cerah,panas dan berangin.
Time :  11.55am
In My Mind : Ada sesiapa nak jadi model aku untuk photoshot di Melaka..??
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY


Assalamualaikum....

Dah lama aku tak main guitar. Bila main je,habis semua cord aku lupa. Ada sesiapa di sini pandai main guitar..?? lagu ape yang paling anda suka main..?? 

Kalau aku,aku pandai main lagu "you and me" by 'lifehouse' dan lagu "Dan Sebenarnya" by 'Yuna'. Itu je lar yang aku pandai main. Lagu lain pon aku tahu juga,tapi kene tengok pada cordnye je lah. 
 
Aku mula main guitar ni selepas aku habis SPM. Aku belajar main guitar semuanya dari internet dan buku. Sebenarnya dah lama aku minat nak main guitar ni,tapi cuma tak ada peluang. Tapi sekarang aku dah kurang main guitar kerana aku lebih minat untuk mengambil gambar,berbloging dan sebagainya kecuali aku boring dan ada kawan untuk main guitar,baru lah aku nak main guitar. 



IN this photo Mr Anep

Lebih Mulia Dari Pencuri

Mood : Kurang sihat,mata gatal-gatal..
Location : Ruang tamu rumah
Weather : malam yang gelap
Time :  8.45pm
In My Mind : Ada sesiapa nak jadi model aku untuk photoshot di Melaka..??
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum....


"lebih baik dan lebih mulia dari pencuri"

Pekerjaan ini adalah paling mulia dari mencuri. Kerana perkejaan ini adalah perkerjaan yang halal di sisi Islam. Sepatutnya kita lebih merhargai meraka ini kerana tanpa meraka, bumi kita pasti kotor dengan sampah yang dibuang oleh orang yang tidak bertanggungjawab. 

Selalunya,orang yang bekerja sebagai "cleaner" ini adalah orang yang susah dan mereka sangup menerima apa sahaja jenis pekerjaan (yang halal) demi menampung ahli keluarga mereka. Kita sebagai orang yang senang patut bersyukur dengan pekerjaan kita sekarang. Kerana,ada yang sudah dapat kerjaan yg baik, tetapi mempunyai niat yang buruk terhadap orang lain contohnya ada perasaan dengki dengan melihat kesenangan orang lain.

p/s : jangan lupa like fans page Syed Hilmi Photography di facebook ye. Disana lebih banyak lagi gambar yang syed tangkap.

Photoshot With Secret Man

Mood : boring dan boring.
Location : Ruang tamu rumah
Weather : baik,boleh keluar malam ni.
Time :  8.55pm
In My Mind : Manchester united boleh menang ke malam ni..?
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum....

Photoshot...dah lama aku tak buat aktiviti Photoshot. Kalau aku pelawa anda untuk jadi model aku, nak tak..?? pasti ramai yang nak. Kalau nak jom kita keluar ke bandar Melaka. Tapi aku tak expert sangat seperti jurugambar professional.  Tapi kalau aku selalu snap dan belajar dari segi kesilapan,insyaallah aku boleh jadi photographer professional suatu hari nanti.

Balik kepada tajuk utama. "Photoshot With Secret Man" memang seronok kerana modelnya ialah kawan aku sendiri dan apa sahaja yang aku suruh buat,dia akan buat. Tetapi identitinya dirahsiakan. Nak tahu kenapa di rahsiakan..?? identiti dirahsiakan kerana dalam gambar ini anda tidak akan nampak wajah sebenar model ini. Kalau tak percaya,jom kita tengok gambar di bawah ini,






p/s : jangan lupa like fans page Syed Hilmi Photography di facebook ye. Disana lebih banyak lagi gambar yang syed tangkap.

Tak habis-habis dengan header baru

Mood : Kekeliruan
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas
Time :  4.59pm
In My Mind : Habis sudah kerja aku.
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum... 

Tak habis-habis aku dengan header baru. Boleh katakan dah banyak kali lah juga aku tukar. Motif aku tukar header ni adalah aku ingin mencari dan membuat header yang betul-betul menepati piawaian aku ataupon  yang paling baik.

Disebabkan aku tidak ada aktiviti petang ini,jadi aku hasilkan header baru ini. Aku tak tahu cantik ke tak. Anda tengok  dan komen lar ye kerana dengan komen itu aku boleh memperbaiki kelemahan aku ini.


 old header


new header


p/s : jangan lupa like fans page Syed Hilmi Photography di facebook ye. Disana lebih banyak lagi gambar yang syed tangkap.



Perfect Silhouette Pictures

Mood : Dalam kelaparan
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung
Time :  10.50am
In My Mind : tak sabar nak tengok final UEFA..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Beberapa hari yang lepas,aku mencari senarai photographer-photographer terkemuka dunia di internet. Waktu aku mencari,aku terjumpa satu blog fotografi yang diberi nama PHOTOGRAPHY BLOGGER. Bila aku tengok gambar di situ,baru aku tahu sedikit-demi sedikit tentang kategori gambar dan sebagainya.

Seperti gambar di bawah ini,aku rasa anda pasti pernah tengok di entry aku sebelum ini. Tetapi aku tidak menceritakannya dengan lebih lanjut.

Bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia fotografi,anda pasti pernah mengambil gambar seperti ini dan mungkin juga anda tidak tahu maksud ataupon kategori gambar ini. Gambar ini boleh dikategorikan sebagai "Perfect Silhouette Pictures". Ini kerana,objek utama yang ingin ditunjukkan hanya dalam berntuk bayangan.



p/s : jangan lupa like fans page Syed Hilmi Photography di facebook ye. Disana lebih banyak lagi gambar yang syed tangkap.

Sejarah Dunia Fotografi

Mood : kurang sihat
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung macam nak hujan
Time :  10.55am
In My Mind : Hari ini bermulalah pergerakkan aku ke seremban...

Assalamualaikum....


Perkataan "PHOTORAPHY" itu sebenarnya berasal daripada perkataan Greek-'photos' bermaksud cahaya dan 'graphein' bermaksud melukis. Sejarah fotografi dikatakan bermula pada 1820 sealiran perkembangan dunia fotografi mengunakan kimia. Gambar pertama dihasilkan pada 1826 oleh Nicephore Niepce.


Nicephore Niepce


 Gambar dari Nicephore Niepce





p/s : jangan lupa like fans page Syed Hilmi Photography di facebook ye. Disana lebih banyak lagi gambar yang syed tangkap.

Khas untuk peminat DSLR

Mood : Mengantok sangat
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang gelap dan tiada angin bertiup
Time :  10.20pm
In My Mind : Bila nak dapat barang baru ni...

Assalamualaikum...

Pagi tadi,aku ada baca keratan akhbar berita mingu semalam. Huh,agak lambat betul aku baca surat khabar, yang semalam punya surat khabar,baru hari ini aku nak baca. huhu...

ok lar,aku nak bagi tahu apa yang ada pada keratan akhbar bagi siapa yang tak baca surat khabar semalam. Semalam adalah edisi sulung mengenai DSLR di bahagian GALERI FOTO. Penulisnya ialah seorang jurufoto NSTP iaitu NOOR AZMI MAT NOR.

Aku memang suka membaca lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan DSLR ataupon Photography. Dan kini Berita Minggu mengeluaran entry khas untuk peminat DSLR dan photography. Memang rugi kalau siapa yang tak baca kerana ia ada menceritakan pelbagai-bagai cerita ataupon tips mengenai dunia photography.

Pada edisi pertama, penulis menceritakan mengenai sejarah dunia photography dan mode-mode yang ada pada kamera kompak ataupon DSLR . Aku memang teruja membacanya kerana ia memberi banyak ilmu yang berlum pernah aku tahu sebelum ini. 

Kalau anda nak tahu lebih lanjut,anda boleh lah beli surat khar Berita Minggu setiap ahad. hehe,siap promote lagi tu. ok lar,itu je yang aku nak kongsi pada malam nie,semoga anda dapat sesuatu yang baru dari entry dan blog aku ini ok...=)

p/s : jangan lupa like fans page Syed Hilmi Photography di facebook ye. Disana lebih banyak lagi gambar yang syed tangkap.

Motif ?

Mood : Mengantok sangat
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung
Time :  5.10pm
In My Mind : tak sabar nak tengok final UEFA..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualikum....

Aku tak tahu apa motif aku tangkap gambar ini. Nak kata cantik,tak sangat. Nak kata kretif,macam tak je. 
Aku pon tak tahu apa yang boleh aku ceritakan disebalik gambar ini. Aku rasa,anda sahaja yang mampu menilai gambar ini.




p/s : jangan lupa like fans page Syed Hilmi Photography di facebook ye. Disana lebih banyak lagi gambar yang syed tangkap.

 

c70

Mood : Kelaparan
Location : Ruang tamu rumah
Weather : gelap malam  dan tak ada angin malam ni
Time :  9.15pm
In My Mind : Tak sabar menungu hari yang dinantikan..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

c70 adalah motosikal HONDA yang dikeluarkan pada tahun 80an. Motosikal ini adalah motosikal pertama yang ayah aku beli ketika masih muda. Dan sehinga kini (lebih 30 tahun),motosikal ini masih digunakan lagi tetapi telah diberi wajah baru oleh aku.

Motosikal c70 ni juga adalah motosikal pertama aku. aku telah menghabiskan duit dari hasil kerja aku lebih dari RM1k semata-mata untuk motosikal c70 ini kelihatan lebih cantik dan sebagainya. Dan motosikal ini telah banyak berjasa kepada aku.

ketika aku belajar di Port Dickson, aku sering berulang-alik dari Melaka ke Port Dickson dengan menaiki motosikal ini. Boleh dikatakan motosikal aku ini adalah motosikal paling tua dikalangn motosikal yang digunakan oleh pelajar lain.




Satu Hari Bersamanya

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas terik
Time :  1.20pm
In My Mind : Tak sabar menungu hari yang dinantikan..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum...

Keluar bersamanya memang seronok lebih-lebih lagi kalau dah lama tak keluar bersama. Kali ini aku dan si dia keluar di bandar Melaka. Perjalan kami bermula pada jam 9 pagi lebih dan aku menjemput si dia di Port Dickson  dan sampai di bandar Melaka lebih kurang jam 10 pagi lebih.

Waktu ini,si dia buat kali pertamanya memakai shawl. Sebelum ini si dia memang tak minat atas sebab tertentu. Tapi aku bagi tahu dia supaya mencuba dan memang lain style dia bila pakai shawl pada hari itu dan nampak lebih menarik. Lagi pon apa salahnya mencuba style yang baru mengikut peredaran masa yang pernting aurat masih lagi terpelihara.