Perfect Silhouette Pictures

Mood : Dalam kelaparan
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung
Time :  10.50am
In My Mind : tak sabar nak tengok final UEFA..!!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Beberapa hari yang lepas,aku mencari senarai photographer-photographer terkemuka dunia di internet. Waktu aku mencari,aku terjumpa satu blog fotografi yang diberi nama PHOTOGRAPHY BLOGGER. Bila aku tengok gambar di situ,baru aku tahu sedikit-demi sedikit tentang kategori gambar dan sebagainya.

Seperti gambar di bawah ini,aku rasa anda pasti pernah tengok di entry aku sebelum ini. Tetapi aku tidak menceritakannya dengan lebih lanjut.

Bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia fotografi,anda pasti pernah mengambil gambar seperti ini dan mungkin juga anda tidak tahu maksud ataupon kategori gambar ini. Gambar ini boleh dikategorikan sebagai "Perfect Silhouette Pictures". Ini kerana,objek utama yang ingin ditunjukkan hanya dalam berntuk bayangan.



p/s : jangan lupa like fans page Syed Hilmi Photography di facebook ye. Disana lebih banyak lagi gambar yang syed tangkap.