ASSALAMUALAIKUM
t-shirt bundle dengan t-shirt baru. Mana lagi anda suka..??
bagi aku,aku suka t-shirt bundle kerana t-shirt ni limited dan tiada orang lain pakai.
kalau ada mungkin orang dari negara lain.
seperti gambar di bawah ni,
model yang berbaju hijau dan memakai beg merah tu adalah aku.
baju dan beg yang aku pakai itu adalah barang bundle.
harga boleh dikatakan murah dari harga asal.
harga asal t-shirt ni aku tak tahu tapi aku beli dengan harga RM5.
mengenai beg itu pula,harga asal RM180 tetapi aku beli dengan harga RM100.
murah tak..??
beg tu bagi aku mahal lagi tapi beg tu baru je pemilik asal guna dalam dua mingu.
jadi kira berbaloi la beli dengan harga itu kerana barang baru lagi.
bagi t-shirt baru,aku kurang minat sangat kerana ada banyak copy.
kalau aku pakai,mesti ada orang lain pakai juga.
benda ni pernah berlaku kepada diri aku.
aku beli baju di satu butik di melaka,harga bawah RM30.
bila aku balik kolej aku,
aku ternampak sorang lelaki ni memakai t-shirt yang sama corak dengan aku.
huh..lepas tu aku rase menyesal lah pulak beli baju tu.