Berminat Untuk Belajar Fotografi..??

Mood : Tonton  badminton...
Location : Ruang tamu rumah
Time :  8.18pm
In My Mind : Duit banyak habis hari ini...
Photo by : Macha Farizal
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Ingin belajar fotografi..?? ingin masuk kelas fotografi tapi tidak mampu bayar yuran yang mahal di luar sana..?? disini lah jawapannya. Anda boleh belajar fotografi secara PERCUMA. Tidak dikenakan syarat cuma anda hanya perlu ada minat dalam dunia fotografi. Untuk maklumat lanjut anda boleh hantar email ke Macha Farizal [mobilestudiophoto@yahoo.com]

Basic DSLR - Photography 101 - 2011
Location : Melaka
Fee : Free (Sponser by government)
Tutor :  Macha Farizal


Berminat? emailkan butiran diri ke mobilestudiophoto@yahoo.com [Photography 101]

Name :
Address :
I\C :
FB : 
Phone:


**tidak ada kamera pun tak mengapa janji ada minat. Dari - Macha Farizal
**tarikh kelas akan ditentuan oleh Macha Farizal

Di bawah ini adalah gambar bekas-bekas pelajar yang telah menjalani kursus fotografi ini baru-baru ini.








Seronok Bersama Mereka

Mood : Tak sabar nak berbua puasa
Location : Tepi pantai PD
Time :  4.28pm
In My Mind : Esok lecture nak sampel lagu untuk video koprat...
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM...

Mingu lepas aku,classmate serta sifu fotografi pergi belajar fotografi di sebuah tempat yang aku tidak ingat apa nama tempatnya. Waktu itu aku dan rakan-rakan belajar cara mengunakan speedlight pada body kamera. Pada mulanya aku tidak tahu apa kepentingan mengunakan speedlight pada body di siang hari. Selepas saja sesi mengeshoot ini tamat baru lah aku tahu apa kelebihannya dan cara nak setting speedlight dengan betul. 

Dibawah ini adalah sifu serta classmate aku ketika sesi mengeshoot. Macam-macam gelagat aku tengok waktu itu. Ada yang panjat pokok,setting kamera,cari angle yang cantik-cantik dan sebagainya. Kalau anda nak tahu lebih lanjut,boleh tengok gambar di bawah ini lama-lama...=)


Berbuka bersama peminat fotografi

Mood : Keletihan...
Location : Ruang tamu rumah
Time :  10.00pm
In My Mind : Esok nak bersahur dengan famely...
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Hari ini adalah hari pertama aku berbuka diluar. ini kerana aku turut serta dalam kursus fotografi yang diadakan di Melaka. Pada kursus ini,macam-macam aku pelajari, lebih-lebih lagi cara mengunakan flash dengan betul.

Kursus ini tamat selepas berbuka puasa. Apa yang aku makan ketika berpuasa itu adalah roti nan, ayam tanduri,buah tembikai,buah limau dan air limau ais. Pada mulanya aku ingat setakat makan roti nan dan ayam tanduri itu tak kenyang,tapi sebaliknya pula sampai tak larat nak habiskan dibuatnya. Kalau anda tak percaya,ada buktinya di bawah ini dan gambar ini ditangkap mengunakan kamera handset.

 

Portrait Lighting Photography

Mood : Mengantuk...
Location : Ruang tamu rumah
Time :  9.40pm
In My Mind : Esok nak berbuka di luar dengan mambe..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM...


Sudah hampir sebulan  aku tidak mengupdate blog,sedar tak sedar, dah pon masuk bulan Ramadhan. Aku tak update blog pon kerana terlalu sebuk dengan pelajaran. Maklumlah dah masuk semesta baru, mesti lar sebuk. Sebuk dengan assignmentnya, amali, kelas, crack video dan kursus.

Baru-baru ini,aku pergi kursus fotografi di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Sebenarnya aku tak tahu pon mengenai kursus ni,tapi seorang rakan aku yang mempelawa aku untuk join sama kursus itu. Ini adalah kursus kedua yang aku turut serta di situ dan aku mempelajari teknik pencahayaan yang betul. Di bawah ini adalah gambar yang aku tangkap ketika mepelajari teknik pencahayaan yang betul.