c70

Mood : Kelaparan
Location : Ruang tamu rumah
Weather : gelap malam  dan tak ada angin malam ni
Time :  9.15pm
In My Mind : Tak sabar menungu hari yang dinantikan..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

c70 adalah motosikal HONDA yang dikeluarkan pada tahun 80an. Motosikal ini adalah motosikal pertama yang ayah aku beli ketika masih muda. Dan sehinga kini (lebih 30 tahun),motosikal ini masih digunakan lagi tetapi telah diberi wajah baru oleh aku.

Motosikal c70 ni juga adalah motosikal pertama aku. aku telah menghabiskan duit dari hasil kerja aku lebih dari RM1k semata-mata untuk motosikal c70 ini kelihatan lebih cantik dan sebagainya. Dan motosikal ini telah banyak berjasa kepada aku.

ketika aku belajar di Port Dickson, aku sering berulang-alik dari Melaka ke Port Dickson dengan menaiki motosikal ini. Boleh dikatakan motosikal aku ini adalah motosikal paling tua dikalangn motosikal yang digunakan oleh pelajar lain.




Satu Hari Bersamanya

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas terik
Time :  1.20pm
In My Mind : Tak sabar menungu hari yang dinantikan..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum...

Keluar bersamanya memang seronok lebih-lebih lagi kalau dah lama tak keluar bersama. Kali ini aku dan si dia keluar di bandar Melaka. Perjalan kami bermula pada jam 9 pagi lebih dan aku menjemput si dia di Port Dickson  dan sampai di bandar Melaka lebih kurang jam 10 pagi lebih.

Waktu ini,si dia buat kali pertamanya memakai shawl. Sebelum ini si dia memang tak minat atas sebab tertentu. Tapi aku bagi tahu dia supaya mencuba dan memang lain style dia bila pakai shawl pada hari itu dan nampak lebih menarik. Lagi pon apa salahnya mencuba style yang baru mengikut peredaran masa yang pernting aurat masih lagi terpelihara.


Sebab Engkau la Aku Sangup Tak Makan...!!

Mood : letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas,cerah dan berangin
Time :  10.10am
In My Mind : Mengantuk lagi..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum...

haaa...Apa yang tertulis pada tajuk utama entry ini adalah benar. Tapi sebab siapa ye..?? anda tahu..?? kalau tak tahu, biar aku ceritakan satu demi satu.

Aku kalau minat pada sesuatu barang, aku sangup kumpul duit atau buat apa sahaja (*yang halal) asalkan aku dapat memiliki barang yang aku mahukan itu. Antaranya ialah aku sangup berjimat sehinga tidak makan ketika berada di apartment kolej.

Duit belanja yang ayah dan emak aku bagi, selalunya aku akan simpan seberapa banyak yang mampu. contohnya,kalau ayah aku bagi rm50 untuk duit belanja,aku hanya guna Rm30 atau kurang dari itu. Aku sangup makan nasi dengan telur @ nasi dengan acar buah @ meggi semata-mata untuk mengumpul duit.

Tujuan sebenar aku simpan duit sehinga aku sangup tidak makan ialah aku mahu dan teringin sangat memiliki DSLR model Nikon D7000. Tapi bila aku mampu memilikinya..?? Kalau duit simpanan aku sudah cukup, insyaallah aku akan memilikinya suatu hari nanti.