Light Graffiti....

Mood : Geram
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung dan berangin
Time :  10.45pm
In My Mind : Sakit hati tengok AF mingu ni...
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku dan rakan aku Nir Akmal menghasilkan Light Graffiti. Kali ini bagi aku hasilnya boleh dikategorikan agak membangakan bagi seorang beginner. Tapi,masih banyak lagi yang aku dan rakan aku perlu pelajari supaya dapat menghasilkan Light graffiti yang cantik dan berkualiti.

Cara untuk menghasilkan light graffiti ni senang je. Antara peralatan yang perlu ada ialah DSLR kamera,lampu dan tirpod. cara-caranya ialah.
  • Pilih tempat yang gelap
  • Letakkan DSLR anda pada tripod...
  • Gunakan mode S...
  • Setkan shutter speed 30 second ataupon  bulb....
  • Gunakan ISO-100...
  •  Lastly,buat apa-apa corak yang anda mahukan mengunakan lampu..




Gambar Dari Nikon D5000 DSLR Camera

Mood : Tenang
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Gelap malam dan berangin
Time : 8.17pm
In My Mind : Final exam dah semakin hampir



Assalamualaikum...

Gambar di bawah ini ditangkap mengunakan Nikon D5000 DSLR kamera. Gambar di bawah ini bukan aku yang tangkap,tapi aku jumpa ketika aku nak mencari sampel-sampel gambar dari Nikon D7000 untuk dibuat rujukan. 

Gambar ini aku tak tahu  siapa yang tangkap. Apa yang tertulis di situ ialah  Matthew Terblanche. Mungkin itu nama tuan punya gambar ni. Aku suka gambar ni kerana sangat cantik. Antara sebab aku suka gambar ini ialah suasananya, kejelasan, posisi, lampu dan pantulan cahaya pada air.

Pada pendapat dan pengalaman aku sendiri,gambar ini di ditangkap mengunakan shutter speed yang rendah. Ini kerana,airnya kelihatan seakan-akan kapas ataupon asap kalau anda dapat lihat pada hujung air yang berhampiran dengan batu itu.



klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar dan jelas