Personal or Modelling Photoshot

Mood : Tak sabar....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  8.35pm
In My Mind : Tak prepare lagi nak balik kolej...
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY


Portrait Izwan

Mood : Boring dan Bosan....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  5.41pm
In My Mind : tak prepare lagi nak balik kolej...
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY


Outing Bersama Rakan Di Melaka

Mood : Boring dan Bosan....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  6.26pm
In My Mind : tak prepare lagi nak balik kolej...
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM...

Mungkin ini adalah outing terakhir bersama rakan-rakan ketika cuti semesta  pertengahan bulan ini. Ini kerana mingu depan aku akan mula mendaftar di kolej dan mula kehidupan yang lama dengan memegang pen berbanding sebelum ini memegang DSLR.

My Desktop Picture

Mood : Lapar.......
Location : Ruang tamu rumah
Time :  9.20pm
In My Mind : Bila lagi nak outing..??
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Dah lame sangat rasanya aku tak mengupdate blog. Agaknya,apa sebabnya aku tidak mengupdate blog.? Mungkin aku kekurangan gambar kot untuk diceritakan.huhu. Kalau dah kurang gambar,maknanya,kene lar buat outing Photoshot. Betul tak..?? Kalau macam itu,siapa nak jadi model aku untuk Photoshot di Melaka..?? kalau nak angkat kaki cepat. hehhe...ok lar,aku gurau je,tapi kalau anda betul-betul berminat,anda boleh join page Photography aku di facebook dengan klik di SINI dan  postkan di wall.

Berbalik kepada tajuk utama. Sebenarnya entry ini aku nak cerita dan nak tunjukkan apa yang ada di desktop backround aku. Desktop aku ni simple je dan tak ada apa-apa yang best pon. Tapi ada satu je yang membuatkan aku suka sangat-sangat dengan desktop backgound aku iaitu gambar lebah ini. Gambar ni aku dapat ketika aku mencari tutorial ataupon tips photography. Tapi buan tips yang aku dapat, hanya gambar je yang aku dapat. Kalau anda nak tengok gambar itu,ada di bawah ini dan itulah rupa desktop yang aku gunakan sekarang.


klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas

Night Shot At Malacca

Mood : Boring dan Bosan....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  3.08pm
In My Mind : Best Layan Ulangan Maharaja Lawak
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Waktu malam bagi aku adalah waktu yang paling susah nak tangkap gambar. Antara faktornya ialah susah dan lambat nak focus sesuatu objek. Tapi semua itu tak menjadi pengahalang bagi aku untuk mencuba dan mencari pengalaman.

Gambar di bawah ini aku tangkap ketika aku berjalan sambil mengambil gambar bersama rakan-rakan aku di melaka. Kalau nak mengambil gambar seperti dibawah ini memerlukan beberapa teknik ataupun kemahiran. Tekniknya mudah sahaja itu kemahiran dari segi pengunaan shutter speed. Gambar ini aku mengunakan shutter speed dalam 30 second dan meletakkan kemera pada tripod. Tapi aku tak bawa tripod pada masa itu dan aku meletakan kemera aku di satu tempat yang stabil supaya gambar tidak blur.

 

Photoshot With RKF (coming soon)

Mood : Blur di pagi hari
Location : Ruang tamu rumah
Time :  10.27pm
In My Mind : Banyak gile gambar yang nak diedit.
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT 


ASSALAMUALAIKUM....

Beberapa hari yang lepas,aku ada join outing bersama group RKF. Klau anda pernah baca entry aku sebelum ini,pasti anda sudah tahu,kalau yang belum tahu,anda boleh klik di SINI.  

Tujuan aku hasilkan entry ini adalah sebagai pengenalan kepada entry yang bakal aku keluarkan tidak lama lagi. ini kerana banyak lagi gambar yang belum siap di proses atau diedit sepenuhnya. Di bawah ini adalah sampel gambar yang aku tangkap ketika outing bersama group RKF di Melaka. Jika anda mahu tengok dan lihat gambar  sebenar yang aku tangkap,anda boleh tungu entry yang akan muncul tidak lama lagi di blog ini.



Outing Bersama Group Republik Kakifoto [RKF]

Mood : Best outing dengan group RKF semalam.
Location : Ruang tamu rumah
Time :  1.57pm
In My Mind : Banyak gile gambar yang nak diedit.
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM....

Semalam adalah hari yang paling seronok bagi aku. ini kerana 1st time aku outing beramai-ramai bersama group RKF. Outing ini bermula pada jam 10.30pm. Kami semua diberi masa untuk berkumpul di  dan bersarapan pada jam 9.00am - 10.30am di Mcd di Dataran Pahlawan Melaka. Pada waktu itu,kami mengambil peluang untuk berkenal-kenalan dengan ahli RKF yang menyertai outing tersebut.

Lebih kurang 16 ahli RKF yang menyertai outing ini termasuk 3 orang model. Outing ini bermula di A'famosa dan berakhir di Jinker walk. Lebih kurang 6 tempat di sekitar Bandar hilir menjadi markas kami melakukan aktiviti photoshot.



Bunga dan Embun di pagi hari

Mood : Best outing dengan group RKF hari ini.
Location : Ruang tamu rumah
Time :  9.51pm
In My Mind : Penat outing hari ini.
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM....

Pada pendapat aku,waktu paling sesuai sekali nak tangkap gambar bunga ialah pada waktu pagi. Ini kerana terdapat titisan embun yang berada pada bunga itu dan menjadikan bunga itu kelihatan segar dan cantik. 

Bagi seorang fotografi profesional,mereka akan membuat sesuatu bagi menghasilkna titisan embun pada bunga di waktu pagi. Dengan mengunakan alat yang boleh menyemburkan air,mereka dapat menghasilkan embun seakan-akan yang terhasil di waktu pagi. Dengan itu,mereka tidak terhad untuk mengambil bunga pada waktu pagi sahaja.



KL GANGSTER

Mood : Kelaparan....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  8.45pm
In My Mind : Boring betul waktu cuti sem
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM.... 

Dah lama sangat aku tak tengok wayang. Tiba-tiba je semalam kawan aku pelawa aku tengok dan aku pon tampa berfikir panjang ikut sama. Cerita yang aku dan rakan-rakan aku tengok ialah cerita KL Gengster. Semalam hari pertama cerita itu ditayangkan di seluruh Malaysia. Ceritanya bagi aku 80% memang best. Ini kerana aksinya yang banyak dan memang nampak real. 

Ape yang paling best sekali  aku tengok ialah time KL Gengster ni buat shooting dekat area rumah aku di Sungai udang. Tapi waktu itu aku tak tahu pon yang dia tengah buat shooting cerita ni cuma aku nampak Syamsul yusof dari jauh. Kalau lah aku tahu,aku pergi dekat leh ar aku jumpa pelakon-pelakon tu semua...hehe.... Kalau korang nak tahu dekat mane dia buat shooting tu ialah di penjare sungai udang,kalu korang tengok starting cerita tu,pasti korang akan perasan.


My Friend Hobby

Mood : Kelaparan.....
Location : Ruang tamu rumah
Time :  4.40pm
In My Mind : Boring betul waktu cuti sem
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM....

Dalam gambar ini ialah Muhammad Asyraf yang merupakan junior aku di kolej. Hobi dia sama dengan aku cuma aku mula lambat sedikit dari dia. Macam aku,fotografi ni cuma sekadar hobi biasa-biasa sahaja dan belum menjadikan ia sebagai hobi yang serius. Tetapi,dia ni menang minat sangat dengan dunia fotografi sampai kalau ada apa-apa sahaja yang ada di depan mata dia,dia akan snap gambar itu dan dia akan cuba merakamkan satu gambar yang cantik.

Photoshot with Rafie and Anuar

Mood : Bosan gred A+
Location : Ruang tamu rumah
Time :  9.21pm
In My Mind : Boring betul waktu cuti sem
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM...

Anda ingat tak lagi entry aku sebelum ini yang bertajuk Photoshot with My Friend.? Kalau anda yang mengikuti apa sahaja entry yang dihasilkan oleh aku,pasti anda ingat. Betul tak..?? bagi yang belum tahu tidak mengapa,anda masih boleh melihat dan membaca dengan klik di SINI.

Gambar di bawah ini aku tangkap di Dataran Pahlawan dan Masjid Selat Melaka. Kawasan di situ sunguh cantik untuk photoshot lebih-lebih lagi di Masjid Selat. Bagi yang pernah pergi di sana pasti tidak melepaskan peluang untuk bergambar kerana suasana dan latar belakang sunguh cantik jika mahu menghasilkan sebuah gambar portrait.  

Ok lar,jom tengok gambar yang aku tangkap ini. Sebelum itu,aku ni bukan seorang photographer cuma benda ni aku jadikan sebagai hobi dan aku masih beginner dalam fotografi dan editing. Semua gambar di bawah ini adalah hasil dari aku sendiri. aku harap anda boleh terima semua hasil seni aku.


 




P/S : Kalau anda mahu lihat lebih banyak lagi hasil seni dari aku,boleh lar join page aku di FB dengan klik di SYED HILMI PHOTOGRAPHY

Photoshot Siti NorSherina

Mood : mata berat -_-
Location : Ruang tamu rumah
Time :  9.35pm
In My Mind : Malam ni ade aktivit photoshot bersama rakan aku.
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT

ASSALAMUALAIKUM....

Siti NorSherina ni ialah senior aku di kolej. Aku mula kenal dia ketika aku mengikuti progrem yang dianjurkan oleh sebuah kelab di kolej aku iaitu Kelab Pecinta Alam. Ahli kelab itu membuat aktiviti mendaki Gunung Stong di Kelantan dan aku adalah antara 2 peserta terakhir yang mendaftar bagi mengikuti aktiviti itu. Semenjak dari situ lar aku kenal senior yang bernama Siti NorSherina.

Gambar di bawah ini aku ambil ketika aku dan dua orang rakan aku iaitu Nuratiqah dan Asyraf pergi ke Putrajaya bagi mengikuti hari Sejuta Belia di sana. Pada waktu itu juga Siti NorSherina pon turut pergi dan kami bertemu di sebelah petangnya sambil bersantai di sebelah tasik di Putrajaya. Dengan kesempatan itu, aku,Asyraf,Nuratiqah dan Siti NorSherina melakukan ativiti bergambar dan dibawah ini adalah beberapa hasil dari lensa kemera aku.



Fixed Gear

Mood : Baru jam 8 lebih,dah rase mengantok
Location : Ruang tamu rumah
Time : 8.33pm
In My Mind : Beratnya mata
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT


ASSALAMUALAIKUM....


Beberapa hari yang lepas,aku dan 2 orang rakan aku pergi ke Putrajaya bagi meraikan Hari Belia Negara. Dengan kesempatan itu,aku juga membawa kemera bersama untuk merakamkan saat-saat yang menarik di situ.


Pada hari itu, memang ramai remaja yang datang. Antara yang mendapat perhatian dari aku ialah remaja yang menunggang Fixed. Seawal 8 pagi lagi mereka sudah tiba di Putrajaya dan kebanyakan penunggang Fixed datang secara berkumpulan. Fixed yang mereka tungangi itu memang cantik-cantik dan berwarna-warni. Ada juga yang menambah atau mengubahsuai Fixed mereka untuk kelihatan menarik dan cantik.


Gambar di bawah ini adalah gambar yang menjadi pilihan lensa kemera aku. Aku berjaya merakam ketika pemilik fixed ini berhenti dihadapan aku dan sedang leka dengan telefonnya.