Muslimah Photoshoot : Nur Hanisah Zaidan

Mood : Tak sabar nak layan Maharaja Lawak Mega....
Location : Di dalam kamar
Time :  9.25pm
Photographer & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY    
Official Photographer :  Tarbus Studio

ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua yang singah ke blog saya pada waktu malam. Hari ini saya update & upload sedikit gambar yang saya shoot pada awal bulan 11 yang lalu.  Pada awal perancangan, saya ingat nak update mengenai photoshoot ini pada bulan 11, tapi di sebabkan sebuk dengan kerja,jadi tergendala la hajatnya.

Sebenarnya,dah lama saya dah tak merakam gambar talent ni,kali terakhir pada bulan puasa lepas iaitu shoot Muslimah Versi Lebaran (Versi Outdoor & Versi Indoor). Sekarang ni selalu tangkap gambar Wedding, Pre-Wedding & Engagement. Jadi sekarang ni,ada kekok sedikit sebab merakam gambar perkahwinan dan model amat berbeza walaupun ada sedikit persamaan. Ni pun nak menaip panjang dah tak tahu,takkan nak cerita pasal bola semalam Thailand vs Malaysia,lari tajuk lar nanti. Gambar di bawah ini adalah hasil dari tangan saya sendiri.

Photo by : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
Talent : NURHANISAH ZAIDAN
Studio : Tarbus Studio











©Syed Hilmi Photography 2011. All right reserved 

Sepah The Movie

Mood : Esok ada orang nikah lar....
Location : Di dalam kamar
Time :  11.58pm
Photographer & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY    
Official Photographer :  Tarbus Studio

ASSALAMUALAIKUM....

Pada 12 November  2012 yang lepas, aku dan rakan aku telah di jemput untuk menghadiri privew Sepah The Movie (Majlis pra tonton Sepah The Movie) bertempat di The Curve,Mutiara Damansara. Seperti biasa, majlis bermula pada jam 8 malam,jadi aku dan 2 lagi orang rakan aku bertolak dari Melaka dalam jam 11.30am. Kami bertolak awal dari Melaka kerana ingin pergi ke sebuah kedai peralatan kamera yang terletak di sekitar Ampang.

Ini adalalah kali pertama aku pergi ke The Curve,jadi perasaan teruja itu sudah semestinya ada. Tempatnya mewah dan seperti berasa sedang bercuti di luar negara. Antara sebab aku suka berada disitu adalah kerana persekitaran yang bersih.


Priview Sepah The movie bermula sekitar jam 10.00pm. Jadi diantara jam 8.00pm-10.00pm adalah sesi pendaftaran untuk tempat duduk di dalam wayang, menungu artis or orang-orang penting dalam penerbitan Sepah The Movie dan sesi bersama media. Aku adalah salah seorang media (Tarbus Studio) dan bertanggungjawab merakam detik-detik penting sepanjang perjalanan Priview Sepah The Movie. Dibawah ini adalah gambar yang sempat aku rakamkan.


Nak cerita sedikit pengalaman aku di sana. Ternyata memang ramai orang yang datang di sana dan hampir kesemuanya adalah peminat setia Sepah dan ramai yang ingin merakamkan gambar meraka ketika di sana termasuk media. Jadi ketika aku ingin merakamkan gambar meraka,aku perlulah beri peluang untuk media menjalankan tugas meraka dahulu supaya mereka dapat menghasilkan gambar  dan moment yang baik,selepas itu baru lah aku merakamkan gambar artis-artis tersebut seperti gambar di bawah. Saya berharap gambar saya di bawah ini dapat memberi kualiti yang baik untuk tontonan para pembaca blog saya.

p/s : jangan lupa tengok Filem Sepah The Moview bermula pada 29 November 2012. Aku dah tengok,memang best & lawak,jadi korang pon mesti kene tengok juga...=)



















Putrajaya Wedding Photographer & Videographer


ASSALAMUALAIKUM.....

Pada hari ahad lepas iaitu pada 17 November 2012,Saya telah diberi tangungjawab oleh Wadi (Tarbus Studio Big Bos) untuk menjadi videografi pada majlis pernikahan dan perkahwinan untuk pasangan pengantin kami. Saya telah pon diberi tahu sebulan lebih awal untuk masjlis ini. Jadi banyak perancangan yang telah saya lakukan supaya rakaman video ini berjalan dengan lancar.

Seramai 3 orang crew Tarbus Studio termasuk saya yang datang ke sana untuk merakam detik-detik indah pasangn pengantin tersebut. Kami bertolak seawal 8 pagi dari Melaka dengan peralatan video dan photo yang sarat di dalam bonet kareta seperti jib crane, slider, stablaizer dan sebagainya. Dalam perjalanan ke Putrajaya,kami memandu dengan berhati-hati kerana kami tidak mahu kamera AES merakam detik-detik indah perjalan kami ke sana pula.

Majlis pernikahan kedua mempelai kami ini diadakah di Masjid Putra dan majlis persandingan pula diadakan di Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya. Alhamdulillah majlis dan kerja kami berjalan dengan lancar sekali walaupun cuaca pada masa itu ti dak mnegizinkan kerana hujan.

Gambar pertama ini diambil ketika selesai majlis pernikahan di Masjid Putra. dan gmbar kedua diambil ketika berada Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya..maaf gambar tidak berapa jelas kerana guna Handset je...=p





Ramona Zamzam