Photoshoot Product

Assalamualaikum

Semalam selesai sudah photoshoot produk hulu keris di Space Vector Studio. Memang mencabar dan memang aku tak sangka 1st produk yang aku akan shoot adalah hulu keris.

Apa yang mencabar bagi aku shoot hulu keris ni adalah ia tidak sama dengan produk-produk yang aku pernah shoot sendiri seperti perfume,jam dan kamera. Hulu keris ini mempuyai banyak permukaan dan permukaan yang berbeza-beza jenis. Untuk photoshoot hulu keris ni, banyak perkara yang perlu dititik beratkan supaya dapat mengekalkan nilai seni ukiran hulu keris tersebut. Antaranya adalah teknik pencahayaan (lighting).

Kalau nak tengok hasil dari photoshoot ni, kena tungu untuk entry yang akan datang =p




©Syed Hilmi Photography 2011. All right reserved 

Product & Commercial Photography



Assalamualaikum..

Saya menyediakan perkhidmatan Studio Photography.
Hasil artwork yang pernah saya hasilkan adalah seperti gambar di bawah.

Jika ada sebarang pertanyaan, tempahan atau berminat,
boleh hubungi saya +6 013 6454 905 atau syedhilmiphotography@gmail.com

Anda juga boleh FOLLOW kami di YOUTUBE, INSTAGRAM atau di FACEBOOK
untuk melihat gambar-gambar yang terkini.
Terima Kasih.

FACEBOOK : Syed Hilmi Photography
INSTAGRAM : syedhilmi_photography
YOUTUBE : Syed Hilmi




©Syed Hilmi Photography 2011. All right reserved 

Profesional Model Comb Card


Assalamualaikum.

Anda di luar sana teringin untuk menjadi model?
Tapi tiada portfolio atau Model Comb Card.
Saya menyediakan khidmat fotografi dan editing  comb card.

Jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan,
boleh hubungi saya +6 013 6454 905 atau syed_photographer@yahoo.com




©Syed Hilmi Photography 2011. All right reserved 

Zizan Razak

Assalamualaikum...

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa tajuk yang aku letakkan untuk entry ini Zizan Razak? Ceritanya bermula seperti ini.

Pada Khamis 4 September 2014, aku dan seorang lagi rakan sekerja aku telah ditugaskan untuk berjumpa dengan dua orang composer lagu untuk menghasilkan latarbelakang lagu TVC yang telah aku dan crew Space Vector Studio hasilkan. Lokasi perjumpaan adalah di Seremban dan di Kuala Lumpur.

Dipendekkan cerita, setelah selesai berjumpa dengan seorang komposer di Seremban, aku pergi ke Kuala Lumpur pula untuk berjumpa serorang lgi komposer. Ketika dalam perjalanan ke sana, aku lalu di lebuhraya SMART untuk jalan pintas ke bandar. Dalam perjalanan aku di lebuhraya smart, aku terdengar deruman enjin yang amat kuat. Pada mulanya aku ingatkan ada motosikal berkuasa tinggi melalui jalan itu kerana bunyinya yang amat kuat. Tiba-tiba sebuah kereta supercar memotong aku di lorong kanan jalan. Kereta itu adalah kereta Nissan GTR R35. Pada mulanya aku dan rakan aku tidak menghiraukan kereta tersebut. Maklum lar,pakai supercar takkan nak bawak slow.

Setelah keluar dari lebuhraya smart,jalan amat sesak di jalan Tun Razak. Pada ketika itu, aku ternampak kereta Nissan GTR R35 yang memotong aku tadi. Aku cuba untuk berada di sebelah kereta tersebut dan aku mengunakan lorong paling kanan sekali. Selang beberapa minit kemudian aku berjaya berada di sebelah kereta tersebut namun hanya nampak bahagian sisi wajah pemandu tersebut dan pemandu itu adalah orang Melayu. Pada ketika itu pula,lorong yang aku lalui itu agak lancar dan aku berjaya berada sekali lagi di sebelah kereta Nissan GTR tersebut. Aku amat terkjut kerana pemandu itu adalah Zizan Razak dan dia sempat menoleh ke arah kanan dan secara tidak sengaja aku dan Zizan mengangkat tangan serentak. Aku seakan-akan tidak percaya yang dia memandu kereta tersebut dan aku dapat berjumpa dalam keadaan seperti itu.

Macam tidak percaya dan sampai sekarang aku masih ingat peristiwa ini. Biasanya yang aku tahu Zizan ada kereta Subaru tetapi kali ini Kereta Nissan pula. Apa-apa pun aku respect Zizan,walaupun dia kini telah bergelar artis,dia tetap merendah diri dan bertegur sapa kepada peminatnya walaupun hanya bertemu di tepi jalan. (#Zizan nak pergi ke diari akademi fantasia 2014 lupanya,patutlar bawak laju semacam...=p )



Gambar ini adalah ketika aku berada di Seremban sementara menunggu komposer sampai di lokasi.

Melaka Wedding Photographer

Assalamualaikum...

Hari ni aku bukan nak bercerita mengenai aku, tetapi mengenai rakan sekerja aku di Melaka. Kalau nak cerita pasal rakan sekerja,mesti mengenai jurugambar jugakan.

Kalau anda dah tengok gambar di bawah ini,itulah antara salah satu gambar rakan sekerja aku sebagai photographer di Melaka iaitu elmishahfuan. Aku dah bekerja dengan dia sebagai jurugambar sudah hampir 3 tahun dan aku seronok bekerja bersama dia dan amat berpuas hati dengan hasil kerja dia.

Kalau anda nak tengok banyak lagi gambar dari hasil kerja dia sendiri boleh klik di SINI atau anda boleh search di facebook iaitu Mohd Elmishahfuan Photography. Anda juga boleh follow dia di instagram mohd_elmishahfuan_photography.



©Syed Hilmi Photography 2011. All right reserved 

Behind The Scene

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,selesai sudah sesi pengambaran video iklan TV. Sekarang video yang telah dirakamkan ini dalam proses suntingan video & audio. Dipendekkan cerita baru 40% siap.

Ini adalah pengalaman kedua aku dalam penghasilan video TVC. Memang agak mencabar bagi aku, sebagai orang baru dalam bidang ini. Apa-apa pun aku berterima kasih kepada semua crew di belakang tabir yang terlalu banyak membantu dari mula sampai lah sekarang. Tanpa mereka semua ini tidak akan berjalan dengan lancar.




Syed Hilmi Al-Jamalullail Macro Photography


Assalamualaikum..

Macro Wildlife Photography 
by Syed Hilmi Photography 













©Syed Hilmi Photography 2011. All right reserved 

Syed Hilmi Al-Jamalullail Landscape Photography



Assalamualaikum..

Landscape & Seascape Photography 
by Syed Hilmi Photography 




















©Syed Hilmi Photography 2011. All right reserved 

Syed Hilmi Al-Jamalullail Wedding Photography



Assalamualaikum..

Saya menyediakan perkhidmatan Wedding Photography.
Hasil artwork yang pernah saya hasilkan adalah seperti gambar di bawah.

Jika ada sebarang pertanyaan, tempahan atau berminat,
boleh hubungi saya +6 013 6454 905 atau syedhilmiphotography@gmail.com





















©Syed Hilmi Photography 2011. All right reserved