Assalamualaikum...
Mungkin anda tertanya-tanya kenapa tajuk yang aku letakkan untuk entry ini Zizan Razak? Ceritanya bermula seperti ini.
Pada Khamis 4 September 2014, aku dan seorang lagi rakan sekerja aku telah ditugaskan untuk berjumpa dengan dua orang composer lagu untuk menghasilkan latarbelakang lagu TVC yang telah aku dan crew Space Vector Studio hasilkan. Lokasi perjumpaan adalah di Seremban dan di Kuala Lumpur.
Dipendekkan cerita, setelah selesai berjumpa dengan seorang komposer di Seremban, aku pergi ke Kuala Lumpur pula untuk berjumpa serorang lgi komposer. Ketika dalam perjalanan ke sana, aku lalu di lebuhraya SMART untuk jalan pintas ke bandar. Dalam perjalanan aku di lebuhraya smart, aku terdengar deruman enjin yang amat kuat. Pada mulanya aku ingatkan ada motosikal berkuasa tinggi melalui jalan itu kerana bunyinya yang amat kuat. Tiba-tiba sebuah kereta supercar memotong aku di lorong kanan jalan. Kereta itu adalah kereta Nissan GTR R35. Pada mulanya aku dan rakan aku tidak menghiraukan kereta tersebut. Maklum lar,pakai supercar takkan nak bawak slow.
Setelah keluar dari lebuhraya smart,jalan amat sesak di jalan Tun Razak. Pada ketika itu, aku ternampak kereta Nissan GTR R35 yang memotong aku tadi. Aku cuba untuk berada di sebelah kereta tersebut dan aku mengunakan lorong paling kanan sekali. Selang beberapa minit kemudian aku berjaya berada di sebelah kereta tersebut namun hanya nampak bahagian sisi wajah pemandu tersebut dan pemandu itu adalah orang Melayu. Pada ketika itu pula,lorong yang aku lalui itu agak lancar dan aku berjaya berada sekali lagi di sebelah kereta Nissan GTR tersebut. Aku amat terkjut kerana pemandu itu adalah Zizan Razak dan dia sempat menoleh ke arah kanan dan secara tidak sengaja aku dan Zizan mengangkat tangan serentak. Aku seakan-akan tidak percaya yang dia memandu kereta tersebut dan aku dapat berjumpa dalam keadaan seperti itu.
Macam tidak percaya dan sampai sekarang aku masih ingat peristiwa ini. Biasanya yang aku tahu Zizan ada kereta Subaru tetapi kali ini Kereta Nissan pula. Apa-apa pun aku respect Zizan,walaupun dia kini telah bergelar artis,dia tetap merendah diri dan bertegur sapa kepada peminatnya walaupun hanya bertemu di tepi jalan. (#Zizan nak pergi ke diari akademi fantasia 2014 lupanya,patutlar bawak laju semacam...=p )
Gambar ini adalah ketika aku berada di Seremban sementara menunggu komposer sampai di lokasi.
2 comments:
wah...jmpe komposer? buat lagu ape?
Mila Hilas, untuk buat lgu background eklan tv9...klau tengok entry sblum ni ade the macking video 2...=p
Post a Comment