accident

Mood : yahoo.!! maksudnye happy...
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang sejuk dek angin yang bertiup.
Time :  8.03pm
In My Mind : Ada sesiapa nak jadi model aku untuk photoshot di Melaka..??  
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Seawal jam 8 pagi lebih,handfon abang aku berbunyi  menandakan ada sesesorang sedang menungu pangilanya. Aku dalam keadaan yang tidur-tidur ayam,mendengar perbualan telefon itu walaupon perbualan itu mengangu waktu tidur aku. Secara tiba-tiba, abang aku meninggikan suaranya dan berkata "accident..?!?!". Aku pada mulanya tidak syak apa-apa dan hanya berharap kejadian itu tidak berlaku pada keluarga aku. Selepas sahaja perbualan itu,abang aku bersiap untuk keluar.

Selang beberapa minit,aku bangun dari tidur dan meluru ke tandas untuk mandi. Tiba-tiba telefon rumah aku berdering. Aku dalam keadaan yang  masih mamai meluru ke telefon dan menjawab pangilan telefon itu. Lupenya ayah aku yang menelefon. Tujuan ayah aku menelefon adalah kerana ayah aku menyuruh aku menghantarkan lesen kereta ayah aku yang tertingal di dalam poket uniform ayah aku,

Setelah tamat perbualan itu,aku pon mandi dan bersiap-siap untuk menghantar lesen yang ayah aku minta itu. Pada mulanya,aku tidak ada syak apa-apa mengenai excident dari pangilan telefon abang aku itu. Dalam perjalanan ke destinasi yang ingin di tuju,macam-macam  perkara yang aku fikirkan dan macam ada sesuatu yang buruk berlaku. Namun aku hanya berfikir positif dan mengharapkan tiada sesutu yang buruk berlaku.

Alhamdulillah,sampai sudah ke destinasi yang aku tuju itu dan aku nampak kereta ayah aku yang berada di bahu jalan bersebelahan dengan sebuah kedai. Dalam keadaan yang lega kerana sampai ke tempat itu dengan selamat,tiba-tiba bertukar menjadi tidak tenteram kerana aku nampak motosikal abang aku pon berada disitu.

Ketika aku ingin masuk ke kedai itu,mata aku hanya memandang ke arah kereta ayah aku itu. huh..kereta ayah aku remuk di bahagian depan pintu kereta di sebelah pemandu. Kereta ayah aku itu baru je berusia setahun lebih dan kereta itu amat penting bagi ayah aku untuk bergerak ke mana-mana lebih-lebih lagi untuk menghantar emak aku kerja,beli barang keperluan dan pulang ke kampung yang jauhnya lebih
dari 6 jam perjalanan.

Setelah sampai disitu,aku memberi barang yang ayah aku suruh hantar dan aku melihat wajah ayah aku seperti berada dalam kesusahan dan kebingugan. Namun ayah aku mengawal keadaan itu dan tidak mahu melihat ahli keluarganya risau akan kejadian yang menimpa ayah aku.

Aku sunguh kesian dan tidak mampu untuk membantu apa-apa. Aku bersukur kerana ayah aku tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Tetapi keadaan kereta yang teruk dan keadaan motosikal yang melangar kereta ayah aku pon teruk itu yang aku risau. Jika orang yang melangar itu salah,ayah aku mungkin tidak mengeluarkan sebarang wang untuk membaiki kereta itu. Tetapi,jika ayah aku yang salah dalam kejadian itu,kemungkinan besar ayah aku terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki kereta dan juga motosikal itu lebih dari RM3000.


            

7 comments:

laskar pelangi said...

adoi. kesian bumper sakit!

Cik tikah said...

alhamdulillah x de siapa yg cedera :)

Syed Hilmi Syed Yahya said...

laskar pelangai ; 2 lar,,,nasib ckit je..tp mahal nk kene betul balik...

areteacar ; alhadulillah...

K said...

nasib baik xcedera. tapi macam salah motor jek.

safurara said...

erk.hmmm byk nya 3k.hmmm pity ur father,u tenangkan lah hatinya k.

Unknown said...

pergh.memang sakit hati la rosak bumper =(

Anonymous said...

sy pn accident aritu..nak baiki kene rm1000+ gakla..huhu..syukur ayh awk xd pape