Location : Ruang tamu rumah
Weather : Malam yang sejuk dek angin kipas yang berpusing.
Time : 8.44pm
In My Mind : Sangap gile nak tangkap gambar
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
Assalamualaikum....
yAhoo..!! aku beli lens baru...!! lens ape..?? lens Nikkor 50mm f/1.8D laa....hehe
Dua hari lepas,aku search lens yang aku target selama ini iaitu nikkor 70-300mm dan nikkor 50mm. Aku search di internet iaitu di "mudah.com". Tapi yang aku jumpa di "mudah.com" yang penjualnya di kawasan melaka ialah lens model nikkor 50mm.Jadi,aku pon mesej pemilik lens itu dan membuat temujanji di satu tempat dan masa yang aku tetapkan sendiri.
Keesokan harinya,aku pon berjumpa dengan orang itu. Nama dia khusyairi umur dalam 20an dan dia juga seorang jurugambar. Kali pertama berjumpa dengan dia, rasa dah macam dari bangku sekolah aku kenal dengan dia. Sebabnya,macam-macam aku berbual dengan dia. Boleh dikatakan sejam juga lah kami berbual. Padahalnya,motif utama aku hanyalah nak beli lens.
Tujuan sebenar aku beli lens ni ialah bokehnya yang cantik,harga yang murah dan sesuai digunakan untuk tangkap gambar portrait. Lens 50mm sesuai digunakan apabila cahaya persekitaran tidak mencukupi dan untuk mendapatkan bokeh ataulatarbelakang blur. kebanyakan jurugambar perkahwinan akan menggunakan lens ini kerana harganya yang murah dan dapat memberikan hasil gambar yang cantik.
6 comments:
Kalau guna untuk video pun smart :D
shah_pilot : betul2,,aku tengok kt youtube,memang cun giler....
aku pon tgh simpan duit nk beli lens nie
huhuhk
jom outing sma2
blh share apa2 yg ptot
bukan ley snap muke huduh ni lagih!!isshh!!
best..da terbukti lens ni best...
woww..lens baruu..bila nak test nii..^^ buat muka x malu..hihii
Post a Comment