Ni kira pepatah yang disesuaikan dengan zaman kini …

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,terlajak kapal terbang takde gear reverse,
sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.
3. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.
4. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga… nasi pun habis.
5. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu
6. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.
7. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.
8. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.
9. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.19. Biar lambat asalkan perlahan.
10. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.
11. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

haha...lawak x..?? bagi Syed lawak,,,bgi korang..??

4 comments:

Fadzli Amir said...

Lawak la jugak..ala-ala raja lawak gitu...tapi macam pernah denger...tapi di mana ya...

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

sangat tak bole blah yg no 2 dan no 7 tu -.-

bArdbOO said...

teringin nak cuba yg no 11 tu..hehe..

Jom Lawat Blog Bardboo

Syed Hilmi Syed Yahya said...

fadzli ; ala-ala je,tp bkn raje lwk,,,hehe

syarifah ; syed suke yg no 4...hehe

bardboo ; hehe,,,nnt ae kunduri jngn lupe jmput,,,,