Portrait Natasya

Mood : bila nak study...
Location : Di dalam bilik tido...
Time :  3.30pm
In My Mind : Harap aku mampu....
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Gallery :  Photostrem
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM.... 


Natasha..?? anda kenal Natasya..?? kalau anda tak kenal tidak mengapa kerana aku akan kenalkan dan ceritakan sedikit  mengenai latar belakang dan mengenai gambar di bawah ini. Natasya ni merupakan bekas senior aku di kolej. Dia baru sahaja tamat pengajian di peringkat Diploma beberapa bulan yang lepas. Di bawah ini adalah gambar yang aku tangkap ketika aku turut serta dalam majlis konvokasyen kolej aku beberapa mingu yang lepas. 

Dia amat minat dalam duni fotografi, tetapi bukan menjadi jurufoto, tetapi berminat untuk diambil gambarnya. Kalau bahasa senangnya ialah seperti Modelling. Tapi buat masa ini dia belum mahir dalam dunia modelling ini tetapi berminat untuk mempelajarinya suatu hari nanti. Kalau ada sesiapa yang mahu mengajar dan mengajak Natasya ini berphotoshot boleh lah add dia di facebooknya dengan klik di SINI.   

P/S : Kalau dapat ajak pergi photoshot tu jangan lupa jemput aku sekali ye...=)



Back to School

Mood : Mengantok...
Location : Di ruang tamu...
Time :  8.46pm
In My Mind : Harap aku mampu....
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Gallery :  Photostrem
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Hari ini aku telah turut serta mengikuti outing bersama Group  Gil@FotoMelaka di bandar Melaka. Sambutan boleh dikatakan amat mengalakkan kerana lebih dari 10 orang yang hadir termasuk 3 orang Talent wanita yang berpakaian uniform sekolah. Sebenarnya group ini telah banyak kali buat outing di sekitar Melaka,tetapi pada outing kali ini, baru aku dapat turut serta kerana sebelum ini aku agak sebuk. Sebelum itu aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mempelawa aku untuk turut serta dalam outing kali ini. Secara jujurnya aku memang seronok bersama korang semua kerana korang memang sporting dan happening gila. Dibawah ini adalah salah satu gambar ataupon gambar "warm-up" sebelum aku dan rakan-rakan aku memulakan sesi photoshot.


Young Filmmakers Forum (YFF)

Mood : Beratnya mata...
Location : Di ruang tamu...
Time :  10.30pm
In My Mind : Tak tahu nak pilih yang mana satu....
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Gallery :  Photostrem
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY



ASSALAMUALAIKUM....

Semalam iaitu 20/10/2011,aku  dan 3 orang rakan di kolej aku telah terpilih untuk pergi ke Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) di Kuala Lumpur. Pada mulanya aku tidak tahu apa tujuan sebenar aku terpilih untuk pergi ke sana. Selepas aku pergi ke sana baru lah aku tahu yang sebenarnya aku telah turut serta memeriahkan Forum Karyawan Filem Muda atau Young Filmmakers Forum (YFF) . Secara jujurnya aku memang berpuas hati pergi ke sana kerana dah macam - macam aku dapat belajar walaupun dalam masa yang agak singkat. Kalau orang yang menganjurkan forum ini tengah memebaca apa yang aku tulis di blog aku ini, aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinga kerana mengadakan forum seperti ini kerana telah menaikkan semangat aku untuk menghasilkan karya atau movie pandek yang lebih berkualiti dari sebelum ini yang pernah aku hasilkan.

Dibawah ini adalah bukti gambar yang aku tangkap ketika aku disana




 

Buah Mangga

Mood : Beratnya mata...
Location : Di ruang tamu...
Time :  8.35pm
In My Mind : Tak tahu nak pilih yang mana satu....
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Gallery :  Photostrem
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM...

Cakap mengenai buah mangga ini pasti semua orang kenal. Ini kerana keenakkan dan kemanis buah ini memang sukar untuk dibandingkan. Buah mangga ini bukan sahaja dimakan oleh manusia, tapi juga haiwan yang tingal di sekeliling kita lebih-lebih lagi yang tinggal di kampung. Gambar dibawah ini sudah cukup untuk menceritakan betapa enaknya buah ini kerana dimakan walaupun belum dipetik lagi.