Aku Di Rompak


Mood : Kecewa,sedih,geram,marah,takut,trauma...
Location : Office
Time :  7.57am
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY    
Official Photographer :  Tarbus Studio

Assalamualaikum....

Aku masih tidak percaya lagi apa yang telah berlaku pada aku  semalam (2 Oktober 2013). Seakan-akan peristiwa itu hanya impi bagi aku. Tetapi ianya memang realiti. Apple Imac aku di bawa lari & aku ditinggalkan berseorangan di kawasan kilang di Taman Universiti, Skudai, Johor.

Ceritanya bermula seperti ini....

11 September 2013 - Pada tarikh ini, aku telah memasukkkan satu iklan jualan apple imac 27inc di sebuah website yang dikenali sebagai mudah.my. Ianya berlaku seperti biasa, selepas aku memasukkan iklan,aku akan tunggu dalam tempuh 2 bulan jika ada sesiapa yang akan menghubungi aku untuk membeli apple imac tersebut. Apple Imac itu sebenarnya adalah kepunyaan rakan aku & dia meminta aku untuk menjualkannya. 


1 Oktober 2013 - Tanggal 1 Oktober, aku menerima satu mesej dari numbor yang tidak aku kenali.

Buyer : Boss,u punya apple mac harga boleh kurang sikit lagi tak ? 
Aku    : Boleh...rm6*** boleh...?
Buyer : itu bang beli tahun bila ?
Aku    : Late november 2011...skrang pon dh jrang gune coz dh guna macbook...
Buyer : So,bang kat melaka sahaja ada turun Jb tak,sebab i selalu kat jb,tapi maybe hari jumaat ada  
            pergi Kl,masa itu i boleh singgah kat ayer keroh meet sama bang,tapi tak tahu masa apa bang 
            ada free sikit ?
Aku    : Klau nk kt jb boleh,tp kene tungu raya haji 15 or 16 hri bulan sy trun Jb...
Buyer : lagi baik ,nanti bang hantar ke office saya saja,ini mac pun pakai kat office saja.
Aku    : (calling)
Buyer : Tapi  nak make sure mac itu pakai tak ada masaalah,kalau tidak nanti boss saya marah i kenapa 
            beli satu komputer 6k ada masalah.
Buyer : Ok ,bang,esok pukul berapa u sampai,tapi boss tanya 5850 sudahlah.
Aku    :erm...jngn lar mcm 2 bos,sy dh abis kurang dah ni...boleh kn 6****...ptg after wktu kerja dlm 
            kol 6...
Buyer : oklah just call i when yr reach.
Aku    : mybank 15*** ** *****...syed ...Kalau u dah bank in,inform kt sy k...
Buyer : ok,tapi kene lepas pukul 6pm boleh tak.?
Aku    : orait...boleh,klau u dah bank in trus inform kt sy k...jd esok just perlu bayar lagi 5*** je lar k

Jam 6.53pm dia telahpun Bankin duit pendahuluan sebagai tanda persetujuan untuk membeli apple imac tersebut.


2 Oktober 2013 - pada pukul 10.31am, buyer tersebut menghantar sms mengunakan numbor yang lain.

Buyer : Bang, h/p i semalam terjatuh, sekarang i pakai no. ini, u agar pukul berapa sampai jb?
Aku    : owh...ptg dlm kol 6...
Buyer : ok,so,bang nak saya buat satu bangker cek untuk u atau nak bagi cash 5*** bagi u?
Aku    : Kalau boleh sy nk cash...nnt nk jumpe kt ne...?
Buyer : ok,tak ada masalah, i kerja sell ,so kalau boleh keluar tol kulai ,lpas itu call i.
Buyer : Kalau nk datang rumah i pun boleh nak datang office saya pun boleh.
Aku    : Sy skrng kt tamau U skudai,,, rumah n office kt ne yg dekat dgn area skudai...?
Buyer : U sudah ada kat taman u sekarang?
Aku    : yup
Buyer : (Calling)
Buyer : OK, i habis kerja i call u
Aku    : (Aku pon sampai ke lokasi pertemuan pertama di Mcd Taman Mutiara Rini)
Buyer : Bang ,ada trafic jem sikit, u tidak perlu tungu sana lah, i sampai taman u i baru call u.
Aku    : orait...taman u nnt nk jmpe di mne...?
Buyer : I rasa kat sport club sana pun boleh.
Aku    : bos, kt Petronas sebelah jusco taman u senang cikit...
Buyer : Boleh juga, tak ada masalah.
Buyer : Bang,i sudah sampai (7.34pm) 
Aku    : Orait, u naik kate ape?
Buyer  : Toyota Caldina Hitam.

Aku pun berjumpa dengan buyer tersebut di kedai nasi lemak bersebelahan kedai motosikal SYM (seberang jalan Petronas). Lalaki cina tersebut membawa seorang rakan bersama dengannya. Lelaki Cina tersebut berumur lingkungn awal 30an dan rakan yang bersamanya, Melayu lingkungan pertengahan 30an.

Selepas berbual mengenai detail Apple Imac tersebut, lelaki cina tersebut mahu mencuba samaada imac itu berfungsi atau tidak. Jadi,di mahu membawa imac itu ke kilangnya. pukul 8.15pm,saya menaiki kereta lelaki tersebut dan dia membawa saya ke station minyak Shell taman universiti kerana mahu mengeluarkan bagi wang RM500. Selepas itu di membawa saya ke kilang dia yang berdekatan dengan taman universiti.

Pada waktu itu dia seakan-akan berlakon yang di telah tersalah kilang dan berkata bahawa di tersalah lorong. Dia pun membawa saya ke kilang yang berhampiran. Selepas sampai ke sebunag kilang, lelaki Cina meminta rakan Melayu supaya membuka pintu kilang tersebut,tetapi meraka berdua keluar dari kereta dan meminta saya keluar dari kereta. lelaki cina itu berbual dengan parkguard di kilang tersbut dan parkguar itu berkata kilang tersebut adalah sebalah kilang ini.

Jarak kilang itu adalah kurang dari 30miter dan saya mengambil langkah untuk berjalan kaki sahaja untuk ke kilang itu. Kedua-dua lelaki tersebut masuk ke kereta seperti biasa untuk ke kilang itu, namun mereka pergi kearah yang lain dan memecut laju melarikan diri.

Saya pada waktu itu tergamam dan tidak sempat berbuat apa-apa. Saya ditingalkan agak jauh dari lokasi  pertemuan dan berjalanan kaki  (hampir 30minit) untuk ke kereta. Kes ini masih lagi dalam siasatan polis, saya berharap agas suspek itu berjaya ditangkap.

Kepada rakan-rakan di luar sana harap lebih berhati-hati ketika berurusan jual beli dengan orang yang tidak di kenali. kalau boleh,deal di tempat yang terbuka dan tempat yang mempunyai banyak CCTV...

DEMMM...!!! 
macam mane aku nak ganti  duit Imac mambe aku ni..?!?!?!?!?!?!?!?

Ipad 3 With Retina Display Camera Review (sample photo)

Mood : Tak sabar nak layan UEFA...
Location : Di ruang tamu
Time :  9.00pm
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY    
Official Photographer :  Tarbus Studio

ASSALAMUALAIKUM...

Sedar tak sedar,sudah sebulan aku mengunakan ipad 3 wifi 16gb with retina display. Ternyata amat berpuas hati mengunakannya lebih-lebih lagi screen (retina display),kamera dan rakaman video. Namun begitu,baru pagi tadi (11.00am - 13 February 2013) aku melepaskanya kepada orang lain. Aku jual kerana teringin nak upgrade ke model yang lain. Semenjak aku mengunakan ipad ni,aku kerap menangkap gambar mengunakanya berbanding mengunakan DSLR. jika anda scroll di bawah,ada sample gambar yang aku tangkap sendiri.



Gambar dibawah ini aku tangkap sendiri mengunakan ipad 3. Semua gambar ini adalah gambar original dari ipad dan tanpa di edit dari mana-mana software editing. Bagi pendapat aku,kualiti gambar yang terhasil dari ipad ini memang memuaskan dan tidak rugi siapa yang telah memilikinya.

(Original photo from Ipad 3 wifi 16gb with Retina Display)






Pelaburan 2012

Mood : Kurang sehat....
Location : Di dalam kamar
Time :  12.17pm
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY    
Official Photographer :  Tarbus Studio

ASSALAMUALAIKUM...Sedar tak sedar,2012 telah hampir semingu meningalkan kita. Begitu banyak pengalaman pahit dan manis berlaku sepanjang tahun itu. Tetapi,hari ini saya bukan ingin menceritakan kisah pahit mahupun manis. Tetapi saya mahu menceritakan serba sedikit kisah mengenai pelaburan saya sepanjang tahun 2012 yang lepas.

1. Canon EOS 5D Mark II + 50mm 1.8 + CF card 16GB +RM6+++



Pada awal tahun 2012,saya telah melakukan pelaburan terbesar sepanjang hidup walaupun baru berumur 21 tahun. Setelah banyak halangan yang ditempuhi untuk memiliki kamera ini akhirnya tercapai juga pada bulan Februari. Pengunaannya amat jarang kerana tidak biasa mengunakan kamera model canon ini. Namun begitu, kamera ini hanya bertahan selama sebulan sahaja dan selepas itu ia telah bertukar milik kepada orang lain.Klik di SINI untuk melihat gambar yang saya rakam mengunakan kamera ini.


2. Nikon D7000 + Nikon SB700 + Nikkor 18-105mm + Nikkor 35mm 1.8gNikon MBD11 = RM5+++





Pada awal bulan April,saya telahpun menjumpai kamera yang serasi dengan saya. Walaupun pelaburan yang agak tinggi,tetapi ia amat berbaloi dan terbukti sehinga sekarang. Kamera ini antara kamera terbaik yang penah saya guna.


3. Appe Ipad 1st generation 16gb = RM8++


IPAD...adalah tablet yang tidak penah saya terfikir pada awalnya untuk memiliki. Pelaburan saya untuk membeli ipad ini adalah di hari yang sama saya membuat pelaburan membeli kamera Nikon D7000. Ternyata ia telah menjadi keperluan saya sekarang sebagai rujukan dan juga portfolio saya sebagai seorang photographer.

4. Nikon 50mm 1.8d = RM3++



Nikon 50mm f1.8d adalah keperluan hampir kesemua photographer di luar sana dan saya juga tidak ketingalan untuk memilikinya. Hasilnya yang sangat cantik,harganya yang amat murah adalah salah satu fakor saya mahu memilininya. Pelaburan ini saya lakukan pada hujun bulan April 2012 dan amat berbeloi kerana lens ini telah membawa saya kedunia yang baru iaitu dunia MACRO

5. Tokina 11-16mm 2.8 + Variable ND Filter ND2-400 = RM17++



Lens wide angle Tokina 11-16mm f2.8 adalah lens wide angle yang terbaik bagi saya. Pengunaanya amat kerap terutama sekali ketika wedding, video dan landscape. Ternyata lens ini juga telah membawa saya kedunia landscape photography. Saya berasa memang berbaloi membuat pelaburan tersebut kerana berjaya menghasilkan gambar yang lain dari yang lain dari sebelum ini. 

6.Tenba Shootout Medium Bag = RM6++



Pelaburan terakhir saya pada tahun 2012 adalah membeli bag tenba ini. Ia adalah keperluan kerana saiz,3 in 1,design dan kualitinya yang amat baik. Boleh masuk banyak lens dan laptop,ketahanan, dan warranty  adalah keutamaan saya ketika membeli ini.

Sedar tak sedar,rasa macam tidak percaya saya mampu memiliki semua ini. walaupun banyak lagi target yang belum tercapa,namun ini sudah memadai. saya harap pada tahun ini(2013) saya dapat memiliki banyak lagi peralatan photography ini.

**untuk pegetahuan anda semua,hampir kesemua barang yang saya beli di atas ini adalah barang 2ndhand ataupun barang terpakai,sebab itu saya boleh dapat pada harga yang amat berpatutan. Kecuali beg dan ND filter, itu sahaja yang saya beli dalam kondisi baru. Namun begitu pada tahun 2013 ini,barang-barang seperti diatas telah jatuh hampir 2x dari harga saya beli seperti ipad, Canon 5d Mark II dan Nikon D7000.

Akhir sekali....2013.... adalah pembukaan tahun yang cemerlang bagi saya. ini kerana saya telah melaburkan RM4+++ untuk memiliki macbook pro 15inc. Saya membelinya pada 4 January 2013. kondisinya..??? kondisinya juga barang terpakai dan ini adalah macbook pro 15in high-end 2011. Ternyata amat berpuas hati kerana kondisinya seperti baru.

Untuk maklumat anda,saya lebih suka membeli gadget barang terpakai berbanding baru kerana harganya yang amat murah. Namun begitu,saya perlu banyak membuat research sebelum membeli barang terpakai supaya tidak membeli barang yang rosak ataupun kualitinya yang terlalu teruk.