Location : Di dalam kamar
Time : 12.17pm
My Photography Page on Facebook : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
Official Photographer : Tarbus Studio
ASSALAMUALAIKUM...Sedar tak sedar,2012 telah hampir semingu meningalkan kita. Begitu banyak pengalaman pahit dan manis berlaku sepanjang tahun itu. Tetapi,hari ini saya bukan ingin menceritakan kisah pahit mahupun manis. Tetapi saya mahu menceritakan serba sedikit kisah mengenai pelaburan saya sepanjang tahun 2012 yang lepas.
1. Canon EOS 5D Mark II + 50mm 1.8 + CF card 16GB +RM6+++
Pada awal tahun 2012,saya telah melakukan pelaburan terbesar sepanjang hidup walaupun baru berumur 21 tahun. Setelah banyak halangan yang ditempuhi untuk memiliki kamera ini akhirnya tercapai juga pada bulan Februari. Pengunaannya amat jarang kerana tidak biasa mengunakan kamera model canon ini. Namun begitu, kamera ini hanya bertahan selama sebulan sahaja dan selepas itu ia telah bertukar milik kepada orang lain.Klik di SINI untuk melihat gambar yang saya rakam mengunakan kamera ini.
2. Nikon D7000 + Nikon SB700 + Nikkor 18-105mm + Nikkor 35mm 1.8g + Nikon MBD11 = RM5+++
Pada awal bulan April,saya telahpun menjumpai kamera yang serasi dengan saya. Walaupun pelaburan yang agak tinggi,tetapi ia amat berbaloi dan terbukti sehinga sekarang. Kamera ini antara kamera terbaik yang penah saya guna.
3. Appe Ipad 1st generation 16gb = RM8++
IPAD...adalah tablet yang tidak penah saya terfikir pada awalnya untuk memiliki. Pelaburan saya untuk membeli ipad ini adalah di hari yang sama saya membuat pelaburan membeli kamera Nikon D7000. Ternyata ia telah menjadi keperluan saya sekarang sebagai rujukan dan juga portfolio saya sebagai seorang photographer.
4. Nikon 50mm 1.8d = RM3++
Nikon 50mm f1.8d adalah keperluan hampir kesemua photographer di luar sana dan saya juga tidak ketingalan untuk memilikinya. Hasilnya yang sangat cantik,harganya yang amat murah adalah salah satu fakor saya mahu memilininya. Pelaburan ini saya lakukan pada hujun bulan April 2012 dan amat berbeloi kerana lens ini telah membawa saya kedunia yang baru iaitu dunia MACRO.
5. Tokina 11-16mm 2.8 + Variable ND Filter ND2-400 = RM17++
Lens wide angle Tokina 11-16mm f2.8 adalah lens wide angle yang terbaik bagi saya. Pengunaanya amat kerap terutama sekali ketika wedding, video dan landscape. Ternyata lens ini juga telah membawa saya kedunia landscape photography. Saya berasa memang berbaloi membuat pelaburan tersebut kerana berjaya menghasilkan gambar yang lain dari yang lain dari sebelum ini.
6.Tenba Shootout Medium Bag = RM6++
Pelaburan terakhir saya pada tahun 2012 adalah membeli bag tenba ini. Ia adalah keperluan kerana saiz,3 in 1,design dan kualitinya yang amat baik. Boleh masuk banyak lens dan laptop,ketahanan, dan warranty adalah keutamaan saya ketika membeli ini.
Sedar tak sedar,rasa macam tidak percaya saya mampu memiliki semua ini. walaupun banyak lagi target yang belum tercapa,namun ini sudah memadai. saya harap pada tahun ini(2013) saya dapat memiliki banyak lagi peralatan photography ini.
**untuk pegetahuan anda semua,hampir kesemua barang yang saya beli di atas ini adalah barang 2ndhand ataupun barang terpakai,sebab itu saya boleh dapat pada harga yang amat berpatutan. Kecuali beg dan ND filter, itu sahaja yang saya beli dalam kondisi baru. Namun begitu pada tahun 2013 ini,barang-barang seperti diatas telah jatuh hampir 2x dari harga saya beli seperti ipad, Canon 5d Mark II dan Nikon D7000.
Akhir sekali....2013.... adalah pembukaan tahun yang cemerlang bagi saya. ini kerana saya telah melaburkan RM4+++ untuk memiliki macbook pro 15inc. Saya membelinya pada 4 January 2013. kondisinya..??? kondisinya juga barang terpakai dan ini adalah macbook pro 15in high-end 2011. Ternyata amat berpuas hati kerana kondisinya seperti baru.
2 comments:
wah..byk jugak habis duit..takpela..semoga 2013 lebih dimurahkan rezeki ye
keep it up bro! seken pun seken, janji puas hati!
Post a Comment