2 kajadian yang boleh menyebabkan aku kehilangan nyawa

Mood : Marah..!!
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Gelap Malam dan berangin
Time :  9.37pm
In My Mind : Aku tak percaya cara pemandu lain..

Assalamualaikum....


huh..hari ini aku memang bengang dan marah disebabkan pemandu kenderaan van kilang bewarna putih dan kereta wira aeroback. Disebabkan cara pemanduan mereka(aku gelar meraka binatang) lah aku hampir-hampir kemalangan. 

kejadian pertama bermula di Kuala Sungai Baru apabila pemandu van kilang putih dengan selamba bapak binatang dia ja keluar dari simpang. Pada mulanya aku ingat di ingin berhenti sebalum keluar dari simpang itu, tetapi dia keluar juga. Disebabkan cara pemanduan binatang itu lah aku hampir-hampir melangar van itu. Alhamdulillah aku sempat mengelak. Pada waktu itu juga aku memotong van itu dan mengetuk pintu van itu dan menegur pemandu van itu dengan nada marah "kau agak-agak lar bawak van.............". huh...kalau nak diikutkan hati,nak je aku pukul dia. Alhamdulillah aku boleh sabar.

Kejadian kedua pula berlaku di Sungai Udang di hadapan KFC. Bila lampu trafik light dah hijau,aku jalan dan masuk lah ke simpang belah kanan. Tetapi, sebuah kereta wira aeroback yang berlawanan arah lalu dihadapan aku walaupon lampu jalan di bahagiannya merah. Alhamdulillah aku perasan dan sempat berhenti. Kalau tidak,aku rasa aku dah berada di ICU sekarang.

Huh..disebabkan kejadian ini berlaku pada aku tadi,aku memang dah tak percaya dengan pemandu kereta lain. Kerana disebabkan meraka,aku hampir-hampir kemalangan dan sebenarnya sudah banyak kali kejadian ni berlaku pada aku. Alhadulillah Tuhan masih beri aku peluang untuk hidup.

Akhir sekali,aku ingin minta maaf kalau ada yang terasa ketika baca enty aku ini dan aku ingin mintak maaf kalau bahasa aku terlalu kasar.

mandi air terjun bersama rakan-rakan

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Gelap Malam dan berangin
Time :  10.55pm
In My Mind : UEFA malam ni....
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Waktu ni aku baru je nak mandi di air terjun. Sebelum aku mandi,aku sempat tangkap gambar ini kerana suasana dan posisinya sangat cantik. Dalam gambar ini adalah senior aku. Semester ini adalah semester terakhir dia dan lepas ni tamat lah sudah pengajian di peringkat Diplomanya.


Sharenator cerita mengenai blog aku..

Mood : Mengantok
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Gelap Malam dan berangin
Time :  8.12pm
In My Mind : esok pagi kene bangun awal untuk balik ke kolej


Assalamualaikum....

Sharenator........Apa itu 'sharenator'...?? aku pon tak tahu apa itu 'sharenator'. Aku tak tahu kenapa dia cerita mengenai blog aku. Aku rasa mungkin sebab 'visitor' yang datang ke blog aku  ataupon ada sebab lain. Kalau anda nak tahu lebih lanjut anda boleh klik di SINI