10 gajet terbaik lelaki

1. Blackberry
Telefon pintar Blackberry ini menjadi pilihan hampir semua jejaka. Selain kelebihannya boleh berinteraksi, ia juga boleh digunakan untuk melayari laman sosial. Kelebihan Blackberry yang sangat digemari adalah ia mempunyai perisian SMS yang ditawarkan secara percuma.

2. I Phone
Kelebihan telefon ini bagi jejaka adalah kelebihan sistem dalam permainan video. Ramai yang memilihnya kerana I-Phone mempunyai perisian terkini selain aplikasi yang menyenangkan. Bentuknya yang kecil membolehkan pemakainya senang membawa ke mana saja.

3. Samsung Galaxy Tab
Salah satu gajet terkini yang baru dipasarkan. Tergolong dalam kategori ‘Android’, Galaxy Tab adalah gabungan antara telefon pintar dan ‘Notebook’. Bentuknya yang kecil sedikit dari I-Pad membolehkan pengguna melayari internet dan berkomunikasi dengan mudah.

4. PS 3
Sebut apa saja permainan, pasti menyeronokkan dengan permainan terbaru Playstation 3 (PS 3). Ia menjadi pilihan utama dalam permainan video dan antara permainan yang digemari sudah pasti FIFA 11. Kelebihannya adalah ‘joystick’ PS 3 menggunakan sistem ‘wireless’ yang sangat menyenangkan.
5. PSP
Bagi mereka yang selalu sibuk dengan kerjaya atau pelajaran, ini adalah gajet yang terbaik untuk dimiliki. Bentuknya yang kecil dan boleh dibawa ke mana saja dapat menenangkan tekanan melalui
permainan video.
6. Kamera DSLR
Sudah menjadi satu ikutan kini setiap jejaka akan mahu memiliki kamera DSLR tidak kira jenama apa sekalipun. Semua orang boleh menjadi jurugambar profesional jika tahu cara penggunaan kamera ini. Pasti banyak gambar menarik dapat dirakam sebagai kenangan.
7. I-pod
Bosan tiada apa aktiviti yang hendak dilakukan, dengar saja muzik dari I-pod. Mempunyai pelbagai saiz memori membolehkan kita menyimpan beratus-ratus muzik. Tidak kira jenis lagu, asalkan sedap didengar ia boleh disimpan di dalam I-pod.
8. Macbook
Macbook adalah komputer bimbit yang popular di kalangan jejaka yang kreatif. Segala aktiviti boleh dilakukan dari segi kerja hingga hiburan. Saiznya yang nipis senang dibawa dan dimasukkan ke dalam beg, tidak membebankan.
9. Guitar Hero
Tidak perlu lagi ‘jamming’ bersama rakan-rakan di luar. Jika tiada kemahiran pun boleh menjadi pemain gitar handalan hanya dengan bermain ‘Guitar Hero’. Pilih saja lagu apa pasti dapat dimainkan. Jejaka yang meminati muzik akan menjadikan ini antara koleksi gajet pilihan.
10. Ipad
Ipad semakin menjadi pilihan walaupun harganya agak tinggi dari gajet yang lain. Tapi jika sudah mempunyai keinginan, harga tidak menjadi penghalang. Perisian yang ada dalam Ipad adalah yang terbaik untuk dimiliki.
 

5 comments:

Nizam said...

terbaik tapi tak mampu nak beli... just tgk mana2 penting dl..:)

Syed Hilmi Syed Yahya said...

nizam ; same ar kite,beli yg minat n yg termampu..

mr said...

Kenapa LELAKI je????

Huhu...Sedeyh2...Diskriminasi...ahahah

marina anakcikbob said...

no 1 tu sebenarnya HTC desire HD.. hehe..

aizatjohar said...

hot stuff must grab..wallaweyhh