Bersyukur Sebab "Tidak Cantik"

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya ti...dak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa..

6 comments:

Amanie Ashraff said...

sy bersyukur sy x cantik. at least fizikal sy cukup :)

awek retro said...

amin..saye pun same..sentise bersyuku..sebab tak cantik..
yeah....

Muhammad Burn said...

cantik itu subjektif :)

Rozuan Ismail said...

cantik itu subjektif..bagi orang lain dia tak cantik,bagi sy dia cantik..hehe

Amiey White said...

saya bersyukur rahmat nya :)

izaLis™ said...

cantik? ada apa dengan cantik? hmm.. btul la..cantik itu subjektif.. lain mata, lain pandangan.. biarlah apa orang nak cakap..janji semua ciptaan Allah itu cantik sebab Allah sukakan kecantikan.. cantik dari segi sikap, dalaman dan luaran.

(*__*)