Apabila Esok Nak Exam...

ASSALAMUALAIKUM

Huh,,bila esok exam,baru la kelam-kabut nak study...

Itu la aku atau pon cara aku belajar. Cara ini memang tak sesuai bagi orang lain . Tetapi,cara ini memang dah sinonim dengan aku,kerana ini memang cara aku belajar semenjak dari sekolah lagi. Bagi yang  tak pernah melakukan seperti itu,pasti mereka mengangap aku adalah seorang yang pemalas. itu terpulanng kepada orang yang menilai.

Orang macam aku ni lebih suka  memberikan perhatian yang lebih di dalam kelas berbanding belajar di rumah. Aku boleh sebenarnya nak belajar di rumah,tapi ade je yang menghasud aku supaya buat benda lain selain belajar seperti online,game,movie,tido dan macam-macam lagi lar. Sebab itu la aku melebihkan belajar di dalam kelas berbanding di rumah.

Bila aku rasa aku perlu memahami dengan lebih baik lagi dalam sesuatu subjek itu,aku akan pergi bertanya kawan-kawan aku. Itu juga adalah cara aku belajar.Bagi aku,kalau kita banyak bertanya,maka lebih banyak lagi la yang kita boleh tahu dan faham. betul tak..??

Belajar "last minute" juga adalah cara aku belajar. ini supaya aku dapat mengingat balik apa yang aku pelajari selama ini. Nak di pendekan cerita,belajar "last minute" ni sebagai persediaan akhir sebelum exam. kan3..?? hehe... aku rasa,anda pon pernah belajar "last munite". betul  tak..?? kantoi sudah. hehehe...

perengan akhir ni aku nak bagi tahu,ini semuanya bukan tips atau cara nak belajar eh..,huhu...ini sekadar selingan sahaja.ok..assalamualaikum...

3 comments:

perondajaketbiru74 said...

gua pun macam tu dulu bro

NICK IRFAN said...

oh.. menarik jgk cara belajar ko ni

puteraduyong said...

bila esok nak exam...takyah study dah...wat slambe je...