Best moment in football

Mood : Mengantok
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Gelap dan berangin
Time :  9.58pm
In My Mind : apa nak buat eh waktu sekarang ni..??
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Saat-saat yang paling menarik la saat yang paling seronok dan cantik untuk mengambil gambar sebagai satu kenangan manis. Dari saat itu lar seorang Photographer perlu mencuri peluang untuk menghasilkan satu gambar yang menarik.

Contohnya seperti gambar di bawah ini. Gambar di bawah ini bagi aku, aku memerlukan beberapa kemahiran. Antaranya ialah kepantasan,masa dan posisi. Jika anda berada di pisisi yang betul,pasti anda akan  mendapat hasil gambar yang terbaik. Dan jika anda berada di masa yang sesuai untuk menangkap gambar,anda juga akan dapat menghasilkan gambar di waktu dan saat yang paling menarik sekali.



Gambar ini aku ambil ketika kolej aku mengadakan karnival sukan

Mereka sporting,makin senang aku nak snap

Mood : separuh happy..=)
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung
Time :  4.24pm
In My Mind : 2 paper sudah berlalu
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum... 

Tengok je gambar ini,pasti aku akan teringat kenangan manis bersama senior dan junior aku ketika berada di Gunung Stong Kelantan. Sewaktu berada di sana,semuanya sporting-sporting belaka apabila lensa kamera aku dihalakan kepada mereka. Kalau mereka semua sporting,makin senang la aku nak snap gambar mereka.

Gambar ini aku snap selepas mereka semua selesai makan tengah hari. Lepas je mereka selesai makan,mereka semua berehat di tempat duduk yang telah disediakan yang betul-betul berada di tepi air terjun. Kalau anda lihat betul-betul gambar di bawah ini di bahagian kanan,anda akan nampak air terjun tersebut.

Terima kasih banyak kepada anda bertiga

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas bercahaya
Time :  1.35pm
In My Mind : final exam dah datang


Assalamualaikum...

Hari ni dalam tempoh  3 jam,aku telah berjaya hasilkan 3 entry. Kalau korang nak tengok,boleh lar tengok entry aku sebelum entry ini. Disebabkan 3 entry tersebut,aku berjaya menghasilkan entry ini pula. Nak tahu sebab apa..?? sambung baca di bawah....

Pertama sekali aku nak berterima kasih kepada 3 blogger ini kerana telah menyenaraikan blog aku sebagai bloglist mereka. Aku dapat tahu mereka menyenaraikan blog aku sebagai bloglist meraka dari senarai URL yang datang ke blog aku ini.Terima kasih sangat-sangat kepada 3 blogger tersebut.

Secara jujurnya,aku tidak menyangka yang blog aku ini berjaya mencuri hati meraka sehinga mereka menyenaraikan blog aku sebagai bloglist mereka. Aku pon tak tahu apa kelebihan blog aku ni. nak dikatakan blog aku ni blogger terhebat macam Ben Ashaari, Erine Nadia Marcello, Fatin Liyana dan lain-lain jauh sekali. Ini kerana meraka adalah blogger terhebat dan ada pengikutnya tersendiri.

3 Blooger yang telah menyenaraikan blog aku sebagai bloglist mereka ialah blogger perempuan. kalau korang nak tahu siapakah blooger tersebut,boleh lihat di bawah...

 

 




Akhir sekali aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinga kepada mereka bertiga keran telah menyenaraian blog aku sebagai bloglist mereka dan menjadikan blog aku ini sebagai persingahan tetap mereka. Thanks a lot..!!