2 kajadian yang boleh menyebabkan aku kehilangan nyawa

Mood : Marah..!!
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Gelap Malam dan berangin
Time :  9.37pm
In My Mind : Aku tak percaya cara pemandu lain..

Assalamualaikum....


huh..hari ini aku memang bengang dan marah disebabkan pemandu kenderaan van kilang bewarna putih dan kereta wira aeroback. Disebabkan cara pemanduan mereka(aku gelar meraka binatang) lah aku hampir-hampir kemalangan. 

kejadian pertama bermula di Kuala Sungai Baru apabila pemandu van kilang putih dengan selamba bapak binatang dia ja keluar dari simpang. Pada mulanya aku ingat di ingin berhenti sebalum keluar dari simpang itu, tetapi dia keluar juga. Disebabkan cara pemanduan binatang itu lah aku hampir-hampir melangar van itu. Alhamdulillah aku sempat mengelak. Pada waktu itu juga aku memotong van itu dan mengetuk pintu van itu dan menegur pemandu van itu dengan nada marah "kau agak-agak lar bawak van.............". huh...kalau nak diikutkan hati,nak je aku pukul dia. Alhamdulillah aku boleh sabar.

Kejadian kedua pula berlaku di Sungai Udang di hadapan KFC. Bila lampu trafik light dah hijau,aku jalan dan masuk lah ke simpang belah kanan. Tetapi, sebuah kereta wira aeroback yang berlawanan arah lalu dihadapan aku walaupon lampu jalan di bahagiannya merah. Alhamdulillah aku perasan dan sempat berhenti. Kalau tidak,aku rasa aku dah berada di ICU sekarang.

Huh..disebabkan kejadian ini berlaku pada aku tadi,aku memang dah tak percaya dengan pemandu kereta lain. Kerana disebabkan meraka,aku hampir-hampir kemalangan dan sebenarnya sudah banyak kali kejadian ni berlaku pada aku. Alhadulillah Tuhan masih beri aku peluang untuk hidup.

Akhir sekali,aku ingin minta maaf kalau ada yang terasa ketika baca enty aku ini dan aku ingin mintak maaf kalau bahasa aku terlalu kasar.

5 comments:

Ayen... said...

Syukur Alhamdulillah selamat...bab2 bahasa yg digunakan tu susah nak ckp sbb klu kena kat kwn pun mgkin gitu jgk bahasanya,hehe...

taty rosley said...

kite bakoorrr je .

Syed Hilmi Syed Yahya said...

Aku Anak Muda ; alhamdulillah,,hehe..betul2...rasenye semua org pon mcm 2 gk...huhu


miss atie ; haha..betul2...kite bako je dia...

Unknown said...

em.....jgn bakor...bakar je..

Jemput singgah di
Tentang Malaysia
Terima kasih atas kunjungan anda
Dari ~~~SuManje~~~~~~~~~…………………

:)..

Nurfashareena Safiaee said...

memang kene hati-hati masa driving..

org skrg kalau bawak kete mana penah nk pk org len. ikut suka hati dia je