Best moment in football

Mood : Mengantok
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Gelap dan berangin
Time :  9.58pm
In My Mind : apa nak buat eh waktu sekarang ni..??
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Saat-saat yang paling menarik la saat yang paling seronok dan cantik untuk mengambil gambar sebagai satu kenangan manis. Dari saat itu lar seorang Photographer perlu mencuri peluang untuk menghasilkan satu gambar yang menarik.

Contohnya seperti gambar di bawah ini. Gambar di bawah ini bagi aku, aku memerlukan beberapa kemahiran. Antaranya ialah kepantasan,masa dan posisi. Jika anda berada di pisisi yang betul,pasti anda akan  mendapat hasil gambar yang terbaik. Dan jika anda berada di masa yang sesuai untuk menangkap gambar,anda juga akan dapat menghasilkan gambar di waktu dan saat yang paling menarik sekali.



Gambar ini aku ambil ketika kolej aku mengadakan karnival sukan

Mereka sporting,makin senang aku nak snap

Mood : separuh happy..=)
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung
Time :  4.24pm
In My Mind : 2 paper sudah berlalu
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum... 

Tengok je gambar ini,pasti aku akan teringat kenangan manis bersama senior dan junior aku ketika berada di Gunung Stong Kelantan. Sewaktu berada di sana,semuanya sporting-sporting belaka apabila lensa kamera aku dihalakan kepada mereka. Kalau mereka semua sporting,makin senang la aku nak snap gambar mereka.

Gambar ini aku snap selepas mereka semua selesai makan tengah hari. Lepas je mereka selesai makan,mereka semua berehat di tempat duduk yang telah disediakan yang betul-betul berada di tepi air terjun. Kalau anda lihat betul-betul gambar di bawah ini di bahagian kanan,anda akan nampak air terjun tersebut.

Terima kasih banyak kepada anda bertiga

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas bercahaya
Time :  1.35pm
In My Mind : final exam dah datang


Assalamualaikum...

Hari ni dalam tempoh  3 jam,aku telah berjaya hasilkan 3 entry. Kalau korang nak tengok,boleh lar tengok entry aku sebelum entry ini. Disebabkan 3 entry tersebut,aku berjaya menghasilkan entry ini pula. Nak tahu sebab apa..?? sambung baca di bawah....

Pertama sekali aku nak berterima kasih kepada 3 blogger ini kerana telah menyenaraikan blog aku sebagai bloglist mereka. Aku dapat tahu mereka menyenaraikan blog aku sebagai bloglist meraka dari senarai URL yang datang ke blog aku ini.Terima kasih sangat-sangat kepada 3 blogger tersebut.

Secara jujurnya,aku tidak menyangka yang blog aku ini berjaya mencuri hati meraka sehinga mereka menyenaraikan blog aku sebagai bloglist mereka. Aku pon tak tahu apa kelebihan blog aku ni. nak dikatakan blog aku ni blogger terhebat macam Ben Ashaari, Erine Nadia Marcello, Fatin Liyana dan lain-lain jauh sekali. Ini kerana meraka adalah blogger terhebat dan ada pengikutnya tersendiri.

3 Blooger yang telah menyenaraikan blog aku sebagai bloglist mereka ialah blogger perempuan. kalau korang nak tahu siapakah blooger tersebut,boleh lihat di bawah...

 

 




Akhir sekali aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhinga kepada mereka bertiga keran telah menyenaraian blog aku sebagai bloglist mereka dan menjadikan blog aku ini sebagai persingahan tetap mereka. Thanks a lot..!!

Aku di Tag dengan gambar yang Mengerikan

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas bercahaya
Time :  12.42pm
In My Mind : Sakit dah mula nak datang bila tengok gambar di bawah ini
Photo  by : friends at facebook


Assalamualaikum....

Huh..aku buka je facebook aku malam tadi,aku tengok ada kawan aku tag 3 gambar di fb aku. Aku ingkan gambar yang yang boleh membuatan aku tersenyum,tapi gambar itu membuatkan aku loya dan rasa nak termuntah. 

Kalau anda nak tengok, boleh lihat gambar di bawah. Bagi sesiapa yang mudah terasa geli atau loya,aku tidak galakkan korang tengok kerana gambar ni mungkin membuatkan anda rasa sesuatu yang menyakitkan.








Tahniah kepada Blogger bernama "iLa sUhaiLa"

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas bercahaya
Time :  12.15pm
In My Mind : Sakit dah mula nak datang
Photo  by : Google

Assalamualaikum....

Tahniah kepada Blogger bernama "iLa sUhaiLa" kerana anda la pengomen blog aku yang terpantas sekali pada abat ini....hehe... Disebabkan "iLa sUhaiLa" terpantas anda telah memenangi hadiah gambar Coklat Cadbury dan aku buatkan entry ini khas untuk "iLa sUhaiLa"

Sedap tak coklat cadbury ni..?? mestilar sedap,tapi coklat cadbury ni khas untuk "iLa sUhaiLa" sahaja kerana dia pengomen terpantas. Kalau "iLa sUhaiLa" nak coklat ni ambil lar,tapi hanya gambar coklat ini je lar,,,,hehe.... Apa-apa pon,aku nak ucapkan terima kasih kepada "iLa sUhaiLa" dan kepada semua blogger yang sudi datang dan tingalkan komen di blog au yang tak seberapa ni.





yahoo..!! Tamat Sudah Lesen P Aku..

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Panas bercahaya
Time :  11.35pm
In My Mind : Sakit dah mula nak datang
Photo  by :Google

Assalamualaikum...



Semalam Lepas aku solat Isyak terus aku bertolak dari kolej aku di PD pulang ke kampung aku di Sungai Udang Melaka. Aku pulang ke kampung kerana mahu pergi ke JPJ melaka pada esok harinya.  

Menunggan Motosikal pada waktu malam lah yang paling aku tidak suka kerana ada penunggang motosikal lain yang tidak menyelengara motosikal mereka sendiri dengan baik. Contohnya tidak menyalakan lampu belakang.Huh... Kalau nak diikutkan hati,aku nak langar je belakang motosikal itu. 

Alhamdulillah ar aku dapat sampai dengan selamat walaupon hujan ketika aku sudah sampai di kawasan Sungai Udang.

Hari ini iaitu 26/4/2011, tamat sudah P aku dan tiada lagi sticker P pada moto aku. Kini aku bebas nak bawa apa jenis motosikal kerana tidak perlu menampal sticker P lagi,,,yahoo..!!!!





Gambar hiasan


Dinner With Her

Mood : Gembira tetapi letih
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung macam nak hujan
Time :  2.35pm
In My Mind : macam mana nak balik kolej kalau hujan ni -_-
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Dinner bersama si dia memang menyeronokkan lebih-lebih lagi dapat bergambar bersama dengannya. Nama dia ialah Nur Jeehan dan dia merupakan Classmate aku. Dia merupakan pelajar yang cemerlang dengan pointer setiap sem lebih dari 3.5++.

Kalau dinner,pasti lar waktu malamkan..? huhu...waktu malam lar yang mencabar bagi aku untuk tangkap gambar. Maklum lar,dalam dunia fotografi ni,lighting sangat penting sekali. Aku masih lagi beginner,jadi banyak peralatan yang aku tidak ada seperti speedlight. Speedlight nie anda pasti tahu apa bendanya itu. Speedlight nie macam externalflash. tahukan..??

Disebabkan aku tiada speedlight,aku guna flash yang sedia ada dan aku kena pandai bermain dengan mode M. Macam-macam yang aku ubah pada seting M tu sehinga lah dapat setting yang sesuai. Gambar di bawah adalah salah satu gambar yang menjadi pada malam itu tapi masih banyak kekurangan lagi.





New Header

Mood : Gembira ^-^
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Cerah dan berangin
Time :  12.42pm
In My Mind : Nak cari idea untuk entry yang seterusnya
Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
Software : Adobe Photoshop dan Photoscape  


Assalamualaikum....


Huh...Selesai sudah aku buat header baru. Puas aku memikirkan idea yang terbaik untuk header baru ni,tapi hanya ini sahaja yang aku mampu. Nampak agak serabut dari sebelum ini. Ini kerana terlalu banyak text. 

Kalau nak diikutkan,aku lebih suka header yang ringkas dan simple. kenapa..?? Pada pendapat aku,header melambangkan blog kita. Kalau header serabut dan tak cantik,apatah lagi dengan isi-isi pada blog itu sendiri. Betul tak..??

Aku buat header baru ini kerana aku jeles tengok header-header di blog-blog yang aku penah aku kunjungi. Semuanya cantik-cantik lebih-lebih lagi blogger wanita. Pandai dan kretif betul mereka menghias dan menghasilkan header mereka sendiri.

Apa-apa pon aku suka dengan header baru aku nie walau pon agak serabut kerana,kalau anda baca apa yang tertulis pada header aku itu,anda dah faham apa yang aku mahukan dan apa yang aku impikan.


my old header





my new header



Light Graffiti....

Mood : Geram
Location : Ruang tamu rumah
Weather : Mendung dan berangin
Time :  10.45pm
In My Mind : Sakit hati tengok AF mingu ni...
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum...

Sekali lagi aku dan rakan aku Nir Akmal menghasilkan Light Graffiti. Kali ini bagi aku hasilnya boleh dikategorikan agak membangakan bagi seorang beginner. Tapi,masih banyak lagi yang aku dan rakan aku perlu pelajari supaya dapat menghasilkan Light graffiti yang cantik dan berkualiti.

Cara untuk menghasilkan light graffiti ni senang je. Antara peralatan yang perlu ada ialah DSLR kamera,lampu dan tirpod. cara-caranya ialah.
  • Pilih tempat yang gelap
  • Letakkan DSLR anda pada tripod...
  • Gunakan mode S...
  • Setkan shutter speed 30 second ataupon  bulb....
  • Gunakan ISO-100...
  •  Lastly,buat apa-apa corak yang anda mahukan mengunakan lampu..




Gambar Dari Nikon D5000 DSLR Camera

Mood : Tenang
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Gelap malam dan berangin
Time : 8.17pm
In My Mind : Final exam dah semakin hampir



Assalamualaikum...

Gambar di bawah ini ditangkap mengunakan Nikon D5000 DSLR kamera. Gambar di bawah ini bukan aku yang tangkap,tapi aku jumpa ketika aku nak mencari sampel-sampel gambar dari Nikon D7000 untuk dibuat rujukan. 

Gambar ini aku tak tahu  siapa yang tangkap. Apa yang tertulis di situ ialah  Matthew Terblanche. Mungkin itu nama tuan punya gambar ni. Aku suka gambar ni kerana sangat cantik. Antara sebab aku suka gambar ini ialah suasananya, kejelasan, posisi, lampu dan pantulan cahaya pada air.

Pada pendapat dan pengalaman aku sendiri,gambar ini di ditangkap mengunakan shutter speed yang rendah. Ini kerana,airnya kelihatan seakan-akan kapas ataupon asap kalau anda dapat lihat pada hujung air yang berhampiran dengan batu itu.



klik pada gambar untuk lihat dengan lebih besar dan jelas


Lampu

Mood : Tenang
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : gelap kerana malam dan berangin
Time :9.45pm
In My Mind : Bila nak makan malam nie
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....


Tahu tak anda siapa pencipta lampu Pertama? manusia pertama yang mencipta lampu ialah Thomas Edison dan kejayan beliau menghasil dan menyalakan lampu tersebut ialah pada 1879. Thomas Edison telah mendemonstrasi lampunya di khalayak ramai di Menlo Park,pada Disember 1879. 

Fuh...Lampu adalah sesuatu yang penting di dunia pada zaman sekarang. Kalau tiada lampu, bergelaplah kita sampai sekarang ataupon gunalah pelita dan lilin. Kita patut berterima kasih kepada Thomas Edison. Kalau tidak,pasti tiada lampu sampailah sekarang.

Kini pada tahun 2011 pula,telah terhasil pelbagai-bagai jenis lampu dari beberapa syarikat terkemuka di dunia.Gambar di bawah ini adalah contoh lampu yang telah di ubah suai dari segi reka bentuk luaranya.



Header Khas Untuk Blogger Baru

Mood : Stress
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Berangin
Time : 8.20pm
In My Mind : Rase tenang sedikit...=)


Assalamualaikum...

Beberape hari yang lepas,aku dapat tahu yang classmate aku buat blog. Aku dapat tahu sendiri ketika aku pergi ke rumah dia dan aku lihat dia ada buka sesuatu pada laptop yang dia gunakan itu. Aku pon perasan lah yang dia bukak itu ialah blog dia sendiri.  

Dia mula berbloging tak silap aku pada mingu lepas. Jadi,macam-macam yang dia perlu pelajari dan aku membantu dia apa yang aku tahu. Antaranya ialah cara nak menghias blog,buat header dan sebagainya. Disebabkan aku ada disitu,dia pon mintak aku buatkan header yang simple untuk dia. Oleh itu,hadir lah header yang bernama [N]ikEeY[A] seperti di bawah ini.





 

Light Graffity

Mood : Blurr
Location : Apartment Kolej 
Weather : Mendung
Time : 5.30pm
In My Mind : Final Exam akan bernula tidak lama lagi..
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)


Assalamualaikum...


Semalam,lepas je aku habis kelas,aku terus balik ke kampung untuk menghantar laptop dan mengambil DSLR kesayangan ku. Tujuan aku membawa DSLR adalah untuk menghasilkan satu movie pendek bersama senior aku. Aku nak buat movie pendek ini bertujuan mencari pengalaman baru setelah aku dan senior aku menghasilkan video koprat  kolej kami sendiri.


Tapi,lain pula yang jadi apabila senior aku tiada  di kolej. Aku memberitahu roommate aku yang DSLR aku ini boleh menghasilkan gambar light graffity. Jadi,aku mengajar roomate aku sedikit-demi sedikit.


Antara roommate aku yang terlibat dalam penghasilan gambar light graffity ni ialah NIR AKMAL, WAN, FITRI DAN AKU SENDIRI. Kami semua masih beginner dalam pebghasilan gambar light graffity ini. Jadi,hasilnya tidak begitu hebat seperti pakar-pakarlight graffity yang lain.






Awan

Mood : Blurr
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Gelap kerana malam
Time : 9.55pm
In My Mind : Bila agaknya boleh dapat inspirasi
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Semenjak aku menceburi dunia photography ni,saat yang paling aku suka ialah bila dapat menangkap gambar awan seperti gambar di bawah ini. Bagi aku,waktu ini lah awan kelihatan sangat cantik sekali. Kalau awan seperti ini,aku suka tangkap gambar portrait dan menjadikan awan itu sebagai latar belakang. Memang cantik  bagi aku kalau dapat buat seperti itu.
 



Smoker_Killer (X_X)

Mood : Gembira tapi penat....
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : gelap kerana malam
Time : 8.45pm
In My Mind : Banyak giler gambar nak di edit -_- 
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)


 Assalamualaikum....

"Perokok merokok rokok"...huh....

cakap mengenai rokok nie, anda semua pasti membanyangkan asap rokok,bau mulut perokok dan sebagainya. Aku bukanlah seorang perokok kerana aku tahu rokok itu boleh MEMBUNUH. Tapi bagai mana pula orang yang merokok tu..?? mereka tahukah bahayanya rokok kepada diri mereka..??
 
Bagi yang belum mengalaminya,pasti mereka mengangap rokok ni tidak membahayakan diri. tapi kalau dah tahu,mereka tetap tidak akan berubah fikiran untuk berhenti merokok. Ini mungkin disebabkan kandungan rokok yang membuatkan seorang perokok itu berasa gian untuk merokok.

Fuh..memang hebat penangan rokok kepada manusia. Bagi mereka yang tidak penah merokok,pasti anda semua tertanya-tanya.  
  • "sedap ke hisap rokok nie"
  • "boleh kenyang ke"
  • "boleh ke hilangkan stress"
  • "apa faedahnya kalau kita hisap rokok"

Pernah tak anda semua tertanya-tanya seperti itu..?? adakan..?? kalau ada sesiapa yang boleh menjawab persoalan ini,boleh tingalkan pendapat anda di ruang komen...=)




Cendawan....

Mood : Crazy
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Baik-baik  sahaja
Time : 8.07pm
In My Mind : Ada saja masalah yang menimpa
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
 
Assalamualaikum....

Cendawan....Tak semua cendawan boleh di makan. kenapa? ini kerana,ada cendawan yang beracun dan tidak sesuai di makan oleh manusia.
Gambar di bawah ini adalah gambar cndawan yang aku jumpai ketika perjalan balik dari meneroka 3 buah gua di Kelantan. Pada awalnya,aku tidak perasan cendawan ini kerana terlalu kecil. Tetapi disebabkan mata aku yang tak tentu arah memandang apa saja yang berada di sekeliling aku, aku pon nampak dan terus menangkap gambar sebagai kenangan aku di situ.



Kayak oh kayak.....

Mood :Gembira....
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Ada guruh (maybe nak hujan)
Time : 10.30pm
In My Mind : yahoo...!! Assignment dah siap..!
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum.... 

huh...Dah lama tak naik kayak. rasa rindu dibuatnya. Kali terakhir aku main kayak waktu sekolah menengah ketika tingkatan 5. Waktu itu,sekolah aku buat satu aktiviti khas untuk semua pelajar yang berjawatan di sekolah itu. 

Sebelum naik kayak,ada orang yang bagi taklimat menengenai kayak ni. Lepas je tamat taklimat, pelajar kene pilih pasangn masing-masing. Pelajar lelaki kene pilih pelajar wanita untuk menaiki kayak bersama. 

Waktu tu,aku la orang yang terakhir pilih pasangn. Sebabnya,aku seorang yang pemalu waktu sekolah dulu. Lepas je pilih, aku pon berkayak bersama rakan aku. Fuh...memang seronok dan ada rasa nak terbalik pon ada. 

Apa yang paling aku tak boleh lupa mengenai kayak ni adalah kawan aku melangar kayak yang aku naiki. Kayak dia ternaik dan berada betul-betul di tengah,di bahagian atas kayak aku. kemalangn ni betul-betul berlaku di hadapan aku, Alhamdulillah semuanya selamat dan tiada sebarang kecederaan.

 Gambar kayak ni aku tangkap di kolej aku kerana kolej aku betul-betul di tepi pantai Port Dickson.


 

Jam 12 : 34 pm...

Mood : Menahan Kepenatan
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Baik-baik sahaja
Time : 8.37pm
In My Mind : Bila lah assignment nak siap...
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)


Assalamualaikum....
Jam 12:34pm.....Ketika ini aku dan classmate sedang rancak berbual sementara menungu kelas yang berikutnya pada jam 3.30pm. huh..memang boring menungu kelas yang akan bermula 3 jam dari waktu itu.

Alhamdulillah kerana kolej aku ini berada betul-betul di tepi pantai Port Dickson. Jadi tak lah terlalu bosan kerana dapat melihat pantai dan mendengar bunyi ombak yang menenangkan jiwa. 
Tambahan lagi,aku dan classmate sedang rancak berbual mengenai cerita Man vs Wild (Discovery Chanel) dan Maharaja Lawak, ia menjadikan keadaan yang boring itu menjadi sesuatu yang gembira disamping dapat mengeratkan lagi hubungan aku dan classmate aku yang lain.

Impian ke awan biru

Mood : Boring
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Mendung dan Berangin
Time : 11.47am
In My Mind :Sakit perut semalam tak hilang lagi -_- 
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum....

Cita-cita aku ketika kecil adalah ingin menjadi juruterbang. Cita-cita aku ingin menjadi juruterbang bermula ketika aku di bangku sekolah lagi iaitu ketika Darjah 1. Tapi semunya berubah ketika aku meningkat dewasa. Aku lebih minat menjadi seorang photography dari juruterbang. Ini kerana,aku mahu merakamkan saat-saat terindah yang berlaku di sekeliling aku. Dengan itu,aku menjadi puas kerana dapat menikmati kehidupan di dunia yang cantik dari pencipta-Nya....


Dinner With My Famely At Jusco Melaka

Mood : Sakit perut
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Gelap kerana malam
Time : 10.00pm
In My Mind : Kenapa lar aku sakit perut malam ni....
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)

Assalamualaikum.....


Antara dinner yang paling best sekali dalam hidup aku adalah dinner bersama keluarga di Kenny Rogers Roaster. Abang aku Syed Muhammad Izzat yang belanja kerana dia balik ke melaka untuk bercuti dari kerjanya yang sibuk di Perak. 

Abang aku ni bekerja di  sebuah restaurant. Restaurant yang dia kerja ni adalah Kenny Rogers Roaster juga, dia bekerja sebagai manager. Jadi,bila dia balik di melaka,dia belanje kami sekeluarga. Tetapi,dia hanya bayar untuk duit air sahaja. nak tahu kenapa..?? kerana abang aku ni ada kupon free. Jadi makan free lar kami sekeluarga. hehe.. jangan jeles ye anda semua...=)









Aku suka gambar ni...!!

Mood : Angry (kalah PES tadi)
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather :mendung + berangin
Time : 11.22am
In My Mind :Kenapa aku boleh kalah tadi..
Photo by : Paul Brown




Assalamualaikum....

fuh..memang tajam gambar ni. Bila la agaknya aku boleh jadi macam Paul Brown ni. semua gambar yang dia snap sangat cantik,jelas dan sangat tajam. pada pendapat aku,dia ni pasti guna lens yang berkualiti dan aku rasa di adalah seorang photographer professional. Apa yang penting,gambar yang di snap ni adalah gambar CANDID. Aku suka sangat gambar candid nie..!!








6 Juta Peminat Hanya Beberapa Jam

Mood : Lapar
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Cerah + Berangin
Time :9.53am
In My Mind : huh,banyak aktiviti aku tergendala.

Assalamualaikum...

Susulan terdapat puluhan juta peminat laman sosial seluruh dunia, bintang Bacelona Lionel Messi membuka akaun Facebooknya beberaapa hari yang lepas.

Berbeza dengan rakan elektroniknya, bagaimanapun, hanya dalam beberapa jam laman sosial facebook itu berjaya menarik lebih 6 juta pengikut gara-gara populariti pemain Argentina itu.

"Hola! Welcome to everyone. Thank you very much for the great number of messages that I have received. I am so excited! From now on we will be more closely connected... through facebook"


Itulah kata-kata pemain bola sepak yang pernah dinobatkan sebanyak 2 kali sebagai pemain terbaik dunia kepada peminatnya di Facebook.

Lawak DSLR...

Mood : Letih
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Cerah + Berangin
Time :9.39am
In My Mind : huh,banyak aktiviti aku tergendala.


Semasa bertanyakan kamera DSLR yang paling murah, tauke kedai itu berkata:

"Ada. Canon Seri Budi"

Dalam hati saya terbit juga rasa kagum. Tidak sangka ada juga kamera Canon yang namanya sangat kemelayuan....
 Namun apabila kotak kamera Canon itu sampai dihadapan saya,

Ohh rupa rupanya:

"Canon 1000D"

60 saat yang berlaku di facebook

Mood : Letih
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Cerah + Panas terik
Time : 2.36pm
In My Mind : Nak tido (-_-)


ini adalah senarai perkara yang berlaku di facebook dalam masa 60 saat sahaja
  • 510 404 - komen ditulis(comment)
  •  382 861 - pos disukai (like)
  • 231 605 - mesej dihantar
  •  135 849 - gambar dimuat turun (upload picture)
  •  98 604  - teman diterima (approve)
  •   82 557 - status dikemaskini
  • 79 364 - menaip di pos
  •  74 204 - undangan majlis diterima (event)
  •   72 816 - paparan muka digemari (like picture)
  • 66 168 - gambar ditunda (tag picture)
  •  55 304 - pautan dikongsi (link)

Tangkap Curi-Curi....

Mood : Letih
Location : Ruang Tamu Rumah
Weather : Cerah + Panas
Time : 5.33pm
In My Mind : Nak tido (-_-)
Photo & Edit by : Muhammad Asyaf

Assalamualaikum.....

Tangkap curi-curi... anda tahu tak apa yang aku maksudkan ini..?? sebenarnya aku suka gambar CANDID ataupon dalam bahasa pasarnya TANGKAP CURI-CURI. kebiasaanya gambar seperti itu lah yang cantik dan ada maksudnya yang tersendiri.

Gambar kali ini adalah mengenai gambar aku yang ditangkap curi-curi oleh rakan aku yang juga mempunya hobi sama dengan aku iaitu photography. Aku pangil dia ACAP. Dia adalah junior aku di kolej.


 Picture credit to ACAP